Kegunaan Laman Web

Kegunaan Laman Web

Mengikut kajian yang dilakukan oleh Adology, hampir separuh daripada semua perniagaan kecil tidak mempunyai laman web. Antara sebab utama hal ini berlaku adalah kerana salah satu daripada berikut; kekurangan wang, kekurangan masa atau kedua – duanya.

Oleh itu, rencana ini memaparkan 9 sebab anda patut membina laman webuntuk perniagaan kecil anda.

1. Laman web boleh mempamerkan produk/tawaran anda

Kehadiran anda dalam dunia internet membolehkan pelanggan anda meneroka produk atau perkhidmatan anda terlebih dahulu sebelum melakukan pembelian. Ini juga membantu pelanggan anda mengetahui akan semua perkhidmatan dan produk yang anda tawarkan. Sebagai contoh, pelanggan yang mencari kasut kanak – kanak yang melayari laman web anda akan melihat yang perniagaan anda juga menjual kasut dan aksesori wanita.

Namun jika pelanggan yang melintas kedai fizikal anda mungkin tidak sedar mengenai perkara ini. Kebanyakan pelanggan memilih melayari website untuk mencari sesuatu produk sebelum membuat perjalanan ke kedai untuk membelinya.

Laman web mendatangkan faedah yang besar kepada perniagaan anda.

2. Laman web merupakan media pengiklanan berkesan

Bagaimana anda mengiklan perniagaan anda sekarang? Adakah anda mengunakan risalah, mel atau cara lain? Kaedah ini sering merumitkan pelanggan dan jarang sampai kepada pelanggan pada masa yang diperlukan. Tetapi apabila seorang pelanggan mencari anda melalui Google, terdapat peluang baik yang mereka mempunyai sesuatu keperluan dan inginkan anda atau perniagaan anda memenuhinya. Selain itu, tiada cara pengiklanan yang lebih kos efektif daripada laman web, terutamanya jika seorang mencari laman web anda melalui carian “organik” kerana tiada sebarang kos dikenakan kepada anda atau perniagaan anda. Namun demikian, membuat laman web dan mengoptimakan laman web tersebut memerlukan pelaburan awal yang akan mendatangkan keuntungan berlipat ganda jika dilakukan dengan cara yang betul dan konsisten.

Promosi di Internet lebih kos efektif.

3. Membina laman web sendiri amat mudah

Membina laman web sendiri adalah lebih mudah daripada apa yang anda fikirkan, terutamanya jika anda mengunakan perisian yang betul. Jika anda boleh mengunakan Microsoft Word dan Powerpoint anda sudah tentu boleh mengunakan perisian pembina laman web untuk membuat laman web yang kelihatan profesional dalam masa yang singkat. Namum demikian, jika anda benar – benar tidak mempunyai masa, anda boleh mengupah pereka laman web profesional. Tetapi anda dinasihatkan supaya berhati – hati kerana terdapat banyak pereka laman web sederhana yang tidak mengenekan bayaran yang tinggi namun tidak membuat kerja yang bernilai.

Membina laman web tidak susah.

4. Melalui laman web, lebih mudah bagi pelanggan untuk mengesyorkan anda

Jika produk atau perniagaan anda adalah berbaloi, pelanggan anda akan mengesyorkannya kepada rakan taulan mereka dengan gembira. Dalam dunia internet ini, seorang pelanggan boleh mengesyorkan anda melalui e-mel, forum online, Facebook dan lain – lain rangkaian sosial. Jika anda tidak membuat laman web anda akan kehilangan sumber rujukan yang sedang berkembang laju ini.

Kembangkan perniagaan melalui rangkaian sosial

5. Laman web membolehkan pelanggan mencari perniagaan anda

Jika perniagaan anda sering mempunyai pelawat pada kedai atau pejabat anda, maka semasa membina laman web, anda boleh meletakan arahan bagaimana mencari kedai atau pejabat anda mengunakan peta seperti peta Google untuk memudahkan pelanggan anda.

Peta Google merupakan antara aplikasi yang membolehkan pelanggan anda mencari perniagaan anda.

6. Laman web merupakan sumber baik untuk menjawap soalan pelanggan

Anda mungkin boleh memikirkan beberapa soalan yang sering ditanya oleh pelanggan anda. Soalan – soalan sedemikian adalah lebih baik dijawab dalam sebuah laman Soalan – Soalan Yang Lazim Ditanya (FAQ) pada website anda. Selain itu, anda juga boleh memasukkan borang yang membolehkan pelanggan e-mel anda soalan – soalan lain atau memaparkan nombor telefon anda dengan jelas jika anda memilih menerima pertanyaan melalui telefon.

FAQ adalah khidmat pelanggan

7. Laman web membolehkan produk anda dijual secara online

Jika produk anda adalah jenis yang boleh dihantar, tiada sebab anda tidak boleh menubuhkan kedai yang beroperasi secara online. Melalui langkah ini anda boleh meningkatkan jumlah pelanggan anda dan sebuah laman web juga membolehkan anda meningkatkan perniagaan anda ke peringkat kebangsaan atau antarabangsa.

Pelanggan boleh melakukan urusan jual - beli secara online mengunakan kad kredit

8. Laman web membolehkan anda berkomunikasi dengan pelanggan

Komunikasi dengan pelanggan adalah penting jika anda ingin membina kesetian pelanggan. Namun demikian komunikasi tidak semestinya memerlukan anda dan pelanggan bersemuka. Contohnya aplikasi internet seperti forum, blog, Twitter, atau Facebook boleh dijadikan media komunikasi antara anda dan pelanggan anda. Jika anda merupakan pakar dalam sesuatu bidang, anda boleh membina laman web atau blog dan tawarkan nasihat atau sesetengah perkhidmatan secara percuma sebagai cara mempromosi produk atau perkhidmatan anda yang lain.

Komunikasi asas kesetiaan pelanggan

9. Penting untuk mendapatkan kepercayaan pelanggan

Memiliki laman web yang baik akan membuat anda kelihatan lebih profesional. Jika seorang pelanggan mencari perniagaan anda melalui Google dan mendapat laman web yang dibina melalui aplikasi internet percuma yang tidak disentuh oleh anda, sudah tentu mereka tidak akan mempercayai perniagaan anda. Memberikan pelanggan anda satu laman web yang direka secara professional dan kelihatan rapi akan lebih mudah menimbulkan kepercayaan mereka terhadap perniagaan anda.

Laman web boleh meningkatkan kepercayaan pelanggan.

Laman Web Percuma ini memberikan Tutorial, Panduan dan Kursus Percuma kepada sesiapa sahaja yang ingin membina laman web dengan mudah dan percuma.

© Copyright COMPU Studies 1998 - 2024

Laman Web Percuma ini memberikan Tutorial, Panduan dan Kursus Percuma kepada sesiapa sahaja yang ingin membina laman web dengan mudah dan percuma.

About Us

Percuma

© Copyright COMPU Studies 1998 - 2024