Membuat Laman Web Secara Online

Membuat Laman Web Secara Online

Dalam membuat laman web secara online, laman web itu dicipta di Internet sendiri tanpa sebarang perisian khas perlu dipasang di komputer. Pengguna hanya memerlukan komputer dengan sambungan Internet sahaja. Kelebihan kaedah ini ialah anda boleh mengerjakan laman web anda dari mana – mana komputer. Ini bermakna anda tidak terikat kepada komputer tertentu untuk membangunkan laman web anda.

Membuat laman web secara online adalah kaedah paling popular membangunkan laman web.

Kelebihan Membuat Laman Web Secara Online

Google adalah diantara syarikat yang menawarkan khidmat membuat laman web secara online

Kelebihan membuat laman web secara online yang utama ialah pengguna tidak perlu mempelajari bahasa pemprograman yang rumit seperti HTML, Javascript, Perl, PHP, Flash dan sebagainya. Melalui kaedah membina laman web online, pengguna akan oleh membina laman web yang merangkumi berbagai teknologi seperti HTML, Javascript, Perl, PHP dan Flash hanya dengan pilih dan klik sahaja. Sesungguhnya membuat laman web secara online adalah kaedah yang paling senang, cepat, murah dan seronok untuk membangunkan laman web anda.

Banyak syarikat yang menawarkan khidmat membuat laman web secara online ini juga menyediakan khidmat web server percuma dan nama domain percuma. Jadi anda menikmati pakej semua dalam satu apabila membina laman web secara online. Banyak syarikat menawarkan khidmat membuat laman web secara online, antaranya adalah seperti Microsoft, Google Sites dan lain – lain.

Kelemahan Membuat Laman Web Secara Online

Kelemahan membuat laman web secara online pula adalah kebanyakan teknologi ini tidak sesuai untuk menghasilkan laman web korporat atau komersial yang besar dan berkuasa. Kaedah ini lebih sesuai untuk menghasilkan laman web perniagaan, individu atau persatuan yang tidak memerlukan teknologi canggih seperti pengkalan data yang besar dan sebagainya. Namun bagi kebanyakan orang, kaedah ini adalah memadai dalam memenuhi keperluan mereka. Di sebabkan itu kami menyarankan kaedah ini bagi sesiapa yang ingin membina laman web perniagaan, individu dan organisasi kecil seperti sekolah, kolej, persatuaan dan lain – lain.

Walaupun punya limitasi, kaedah membuat laman web secara online adalah pilihan nombor satu kebanyakan pengguna kerana tidak perlu membeli/memasang perisian khas dan tidak perlu mempelajari bahasa pemprograman yang rumit dan teknikal.

Laman Web Percuma ini memberikan Tutorial, Panduan dan Kursus Percuma kepada sesiapa sahaja yang ingin membina laman web dengan mudah dan percuma.

© Copyright COMPU Studies 1998 - 2024

Laman Web Percuma ini memberikan Tutorial, Panduan dan Kursus Percuma kepada sesiapa sahaja yang ingin membina laman web dengan mudah dan percuma.

About Us

Percuma

© Copyright COMPU Studies 1998 - 2024