Upah Orang Atau Bina Sendiri

Upah Orang Atau Bina Sendiri

Bayar Orang Untuk Bina Laman Web atau Buat Sendiri?

Upah orang atau bina sendiri.
Upah orang atau bina sendiri.

Dalam membina laman web ada dua kaedah atau pilihan:-

  1. Upah pereka laman web professional untuk membina dan menyelenggara laman web anda.
  2. Belajar teknik membina laman web sendiri dan bina serta uruskan laman web sendiri.

Tutorial ini membincangkan kelebihan dan kekurangan kedua – dua kaedah ini. Setelah mengikuti tutorial ini anda akan dapat memilih kaedah yang paling sesuai digunakan untuk membina laman web anda.

Kebaikan Mengupah Pereka Laman Web Professional

Ada dua sebab utama mengapa anda mungkin ingin mengupah pereka web professional untuk menyiapkan laman web anda. Sebab – sebab ini ialah:-

  1. Menjimatkan masa anda kerana anda bebas melakukan tugasan lain.
  2. Anda dapat laman web yang direka secara professional

Kaedah ini sesuai jika anda:-

  1. Tidak tahu, tidak ingin belajar atau tidak ada masa untuk mempelajari selok-belok membina laman web.
  2. Anda rela membelanjakan wang yang agak banyak membina dan menguruskan laman web anda.

Keburukan Mengupah Pereka Laman Web Professional

Pereka laman web bukan murah
Pereka laman web bukan murah

Sebelum anda menggunakan khidmat pereka laman web professional, anda perlu tahu dua keburukan menggunakan kaedah ini:-

  1. Kos yang tinggi (harga pasaran khidmat pembinaan laman web professional adalah RM2000 untuk laman web dengan hanya 5 muka laman).
  2. Kos penyelenggaraan yang berterusan. Laman web anda TIDAK AKAN siap sepenuhnya. Dari masa ke semasa anda sentiasa ingin menambah dan mengubah suai kandungan laman web anda. Ini adalah kos tambahan yang berterusan yang perlu anda tanggung.

Jika ada mempunyai budjet besar untuk pembangunan laman web, sudah tentu kedua perkara di atas tidak menjadi halangan. Namun jika anda adalah peniaga kecil atau ingin membina laman web yang bukan komersil, kedua perkara di atas sudah tentunya merupakan beban kewangan yang anda ingin elakkan sejauh mungkin. Jika ini menggambarkan keadaan anda, maka pilihan terbaik bagi anda adalah mempelajari bagaimana membina laman web anda sendiri.

Kebaikan Mempelajari Teknik Membina Laman Web Sendiri

Melalui Kursus Internet COMPU Studies, mudah membina laman web sendiri
Melalui Kursus Internet COMPU Studies, mudah membina laman web sendiri

Belajar membina laman web sendiri tidaklah menggerunkan seperti yang disangka oleh ramai orang. Malah kaedah ini memberikan berbagai kelebihan yang tidak diperolehi jika anda mengupah pereka laman web professional. Diantara kelebihan membina laman web sendiri ialah:-

  1. Kos yang jauh lebih rendah. Menggunakan sistem pembelajaran COMPU Studies melalui Kursus Internet COMPU Studies, kosnya tidak melebihi RM200.
  2. Anda bebas mengubah kandungan laman web tanpa perlu meminta bantuan dari mana – mana pihak.
  3. Laman web dapat dibangunkan 100% seperti yang anda mahu.
  4. Laman web dapat diubah-suai dalam jangkamasa yang singkat – tidak perlu tunggu pereka web menyiapkannya untuk anda. Ini sangat penting terutamanya jika perubahan yang ingin dilakukan itu adalah kritikal dan perlu dilakukan segera.
  5. Tidak perlu berurusan dengan pihak ketiga (pereka laman web) yang semuanya mempunyai kerenah mereka masing – masing.
  6. Pembangunan dan perkembangan laman web anda 100% di tangan anda.
  7. Anda pegang password laman web anda sendiri. Orang lain tidak dapat membolosinya.
  8. Menggunakan sistem pembelajaran COMPU Studies, anda akan diberikan khidmat bantuan dan nasihat percuma buat selamanya untuk membangunkan laman web anda.

Keburukan Teknik Membina Laman Web Sendiri

Jika anda bercadang membina laman web sendiri, hanya ada satu sahaja keburukannya. Ianya adalah:-

  1. Anda perlu meluangkan sedikit masa mempelajari teknik membina laman web. Namun melalui Kursus Internet COMPU Studies, anda akan dapat membina laman web anda dalam masa seminggu dengan hanya meluangkan 1 hingga 2 jam sehari. Proses pembelajaran ini boleh jauh dipercepatkan jika anda sudah ada asas kemahiran menggunakan komputer dan Internet.

Kesimpulan

Berjaya dengan kemahiran baru.
Berjaya dengan kemahiran baru.

Walaupun proses pembelajaran memakan sedikit masa namun ilmu dan kemahiran yang akan anda kuasai akan menjadi milik anda buat selamanya. Anda tidak perlu mempelajarinya lagi dan anda boleh gunakannya untuk membangunkan seberapa banyak laman web dan blog yang anda mahu. Tidak ada yang lebih hebat dan menjimatkan dari itu!

Itulah khidmat nasihat yang boleh kami berikan. Kami serahkan kepada anda untuk membuat pilihan. Untuk ketahui lebih lanjut berkenaan Kursus Internet COMPU Studies, sila klik di sini.

Laman Web Percuma ini memberikan Tutorial, Panduan dan Kursus Percuma kepada sesiapa sahaja yang ingin membina laman web dengan mudah dan percuma.

© Copyright COMPU Studies 1998 - 2024

Laman Web Percuma ini memberikan Tutorial, Panduan dan Kursus Percuma kepada sesiapa sahaja yang ingin membina laman web dengan mudah dan percuma.

About Us

Percuma

© Copyright COMPU Studies 1998 - 2024