5 Pembina Laman Web Percuma Terbaik

5 Pembina Laman Web Percuma Terbaik

Terdapat berpuluh – puluh pembina laman web percuma di Internet. Di bawah ini kami senaraikan 5 pembina laman web yang membenarkan anda membina laman web dengan percuma. Semua kecuali satu membenarkan anda memiliki laman web anda tanpa sebarang bayaran buat selamanya.

Kelebihan Wix

pembina laman web percuma wix

Wix menawarkan lebih 500 template yang cantik untuk anda membina laman web percuma anda. Jika anda bukan orang yang kreatif, template Wix yang tersedia siap dengan kandungan akan banyak membantu anda. Wix juga menawarkan berbagai ciri canggih bagi membina website yang cantik dan kelihatan professional. Wix juga menawarkan pelbagai cara untuk anda mendapatkan bantuan. Antaranya seperti butang Help di pembina laman web percuma, rencana berkaitan dan juga bantuan menerusi telefon dan e-mel.

Kekurangan Wix

Salah satu kekurangan terbesar Wix ialah apabila anda cuba menukar template anda, segala kandungan laman web / website anda akan hilang. Ini amat merunsingkan dan boleh mengambil masa yang lama jika kandungan anda itu banyak. Satu lagi kelemahan ketara Wix adalah laman web percuma yang dibina dengan Wix akan ada iklan yang yang besar di bahagian tepi dan bawah website. Untuk membuang iklan, anda perlu daftar untuk salah satu pakej berbayar Wix. Pembina laman web percuma Wix juga tidak sesuai jika anda ingin membina kedai online.

Kelebihan Weebly

pembina laman web percuma weebly

Weebly adalah pembina laman web percuma yang paling mudah digunakan. Ia tidak mengandungi ciri dan fungsi yang berlebihan – cuma cukup untuk anda membina laman web / website yang berfungsi baik. Weebly juga memberikan banyak template menarik yang responsive – yakni kelihatan baik dalam alamat mobil dengan skrin kecil. Dengan Weebly, anda tidak terikat dengan satu template. Anda boleh mengubah template bila – bila masa tanpa menjejaskan kandungan website anda. Weebly juga membenarkan anda memasukkan kod HTML / CSS anda ke dalam website jika anda mahu. Selain dari template, Weebly juga menawarkan set page layout yakin set website yang siap dengan laman dan kandungan. Menerusi page layout anda terus boleh memasukkan kandungan ke dalam website anda tanpa perlu fokus kepada rekabentuk terlebih dahulu.

Kekurangan Weebly

Weebly hanya membenarkan anda menukar font styles dan color scheme (skema warna) template. Perubahan lain seperti menukar warna bar menu, latarbelakang (background color / image), melaraskan kelebaran (website width) hanya boleh dilakukan dengan mengubah suai kod HTML dan CSS template berkenaan. Ini pastinya sukar bagi mereka yang tidak ada pengalaman dalam programming HTML dan CSS. Weebly juga agak perlahan dalam menambah ciri dan fungsi pembinaan website mereka. Ramai pengguna Weebly juga mengadu fungsi blog dalam pembina laman web percuma ini amat ketinggalan dan tidak ada ciri – ciri yang lazim ditemui dalam blog biasa.

Kelebihan Jimdo

pembina laman web percuma jimdo

Jimdo adalah pembina laman web percuma antarabangsa kerana ia boleh digunakan dalam lebih dari satu bahasa. Jimdo membenarkan akses kepada kod HTML dan CSS website anda. Website percuma yang anda bina dengan Jimdo boleh digunakan tanpa had masa dan tanpa perlu di upgrade ke pakej berbayar.

Kekurangan Jimdo

Template Jimdo tidaklah secanggih template dari Wix atau Weebly namun kebanyakan template ini boleh diubahsuai dengan agak fleksibel. Jimdo tidak menggunakan sistem drag and drop atau heret dan lepas dalam pembina website. Malah sistem yang digunakan lebih mirip pilih dan masuk. Walaupun berbeda dari pembina website lain, sistem ini masih mudah digunakan.

Kelebihan Squarespace

pembina laman web percuma squarespace

Squarespace menawarkan anda template yang indah dan professional untuk membina laman web percuma anda. Squarespace juga membenarkan anda membina Landing Pages atau Cover Pages. Ini merupakan website dengan satu muka laman sahaja yang memaparkan segala maklumat relevan. Semua template Squarespace adalah responsive bermakna website anda akan kelihatan menarik walaupun di skrin kecil alatan mobile. Squarespace membenarkan anda menukar segala aspek paparan dan rekabentuk website anda tanpa perlu mengedit kod HTML atau CSS.

Kekurangan Squarespace

Rupa wajah website anda dalam alatan mobile seringkali berbeza dengan wajah dalam mod edit dalam pembina website Squarespace. Kekurangan kedua muncul dari kelebihan Squarespace yang memberikan banyak fungsi untuk mengubah rekabentul dan rupa wajah website. Bilangan fungsi dan setting yang terlalu banyak mungkin merunsingkan pengguna terutamanya mereka yang tidak ada pengalaman dalam membina website. Ciri e-commerce atau e-niaga Squarespace juga agak terhad kerana in hanya menggunakan satu sistem bayaran sahaja buat masa ini. Ini mungkin menghadkan kemampuan kedai online anda. Satu kekurangan paling ketara Squarespace ialah ia tidak ada pakej percuma – cuma pakej percubaan 14 hari sahaja.

Kelebihan WordPress

pembina laman web percuma wordpress

WordPress.com (berbeza dari WordPress.org) adalah membolehkan anda membina laman web percuma dan blog percuma dengan mudah. Website anda adalah percuma buat selamanya. WordPress.com menawarkan berbagai themes menarik untuk anda gunakan. Anda boleh ubah themes bila – bila masa tanpa menjejaskan kandungan website anda. Sistem WordPress menguasai lebih 25% dari website seluruh dunia dan penambahbaikan sentiasa dilakukan dengan versi – versi update dan upgrade dikeluarkan setiap beberapa minggu. Ini memastikan anda sentiasa mengikuti perkembangan terkini dunia pembinaan website.

Kekurangan WordPress

Laman web percuma yang dibina menggunakan khidmat WordPress.com tidak membenarkan anda menambah plugins. Plugin adalah program kecil yang digunakan bersama dengan WordPress bagi menambahkan ciri dan fungsi WordPress. Untuk menggunakan plugins, anda perlu hijrah website anda ke hosting anda sendiri. Ini melibatkan belanja. Sistem pembina website WordPress.com juga tidak menggunakan kaedah drag and drop (heret dan lepas). Ia menggunakan sistem menu dan fungsi. Ini memerlukan masa untuk dipelajari dan dikuasai. Juga jika anda benar – benar ingin menguasai WordPress.com, anda perlu juga belajar HTML dan CSS untuk mengubah suai website anda ikut citarasa anda sendiri.

Kelebihan BizNet

Biznet adalah pembina website online yang paling ringan dan mudah digunakan. Ianya dicipta khas untuk pengguna telefon bimbit dan berfungsi baik walaupun bersama model telefon lama. Anda juga boleh menggunakan Biznet bersama sebarang jenis komputer atau laptop. Dengan Biznet sesiapa sahaja boleh membina website dalam masa yang singkat. Ini kerana sistem pembinaan website Biznet hanya menggunakan borang – borang ringkas untuk anda isikan dan tidak memerlukan anda bermain dengan puluhan settings yang memeningkan kepala dan susah hendak dipelajari. Biznet mempunyai pelbagai theme yang boleh anda tukar bila – bila masa bagi mengubah wajah website anda dengan hanya satu klik. Apabila menukar theme, Biznet akan secara automatik mengimpot semua data anda ke dalam theme baru. Jadi anda tidak perlu untuk format data anda lagi. Jika anda berminat mempelajari cara – cara bagaimana membina laman web percuma bersama Biznet, silalah tekan banner Kursus Website Bisnes di bawah.

Kekurangan BizNet

BizNet adalah pembina website kilat. Disebabkan oleh itu ianya secara sengaja merupakan satu sistem yang ringkas. Namun demikian website yang dihasilkan oleh Biznet dijamin cantik dan professional asalkan anda mengikuti beberapa petua penting seperti yang kami telah ajar dalam Kursus Website Bisnes yang boleh anda ikuti secara percuma dengan klik banner di bawah. BizNet ditujukan khas untuk mereka yang ingin bina website dengan cepat dengan hanya mengisikan borang – borang ringkas sahaja. Tidak perlu tahu HTML, coding, CSS dan sebagainya. Namun disebabkan ini, BizNet tidak sesuai jika anda ingin bina website yang canggih seperti website korporat, kedai online atau website keahlian.

Laman Web Percuma ini memberikan Tutorial, Panduan dan Kursus Percuma kepada sesiapa sahaja yang ingin membina laman web dengan mudah dan percuma.

© Copyright COMPU Studies 1998 - 2024

Laman Web Percuma ini memberikan Tutorial, Panduan dan Kursus Percuma kepada sesiapa sahaja yang ingin membina laman web dengan mudah dan percuma.

About Us

Percuma

© Copyright COMPU Studies 1998 - 2024