Siapa COMPU Studies

COMPU Studies adalah organisasi swasta yang terlibat sepenuhnya dalam memberikan latihan kemahiran komputer melalui konsep pendidikan gaya pos atau jarak jauh. Bermula dari tahun 1990 COMPU Studies telah mendidik ribuan pelajar dalam penggunaan IT dari seluruh pelusuk Malaysia, termasuk dari Indonesia, Singapura dan Brunei.

Apa yang saya dapat bila bina laman web percuma melalui COMPU Studies?

Apabila anda membina laman web percuma melalui Kursus Laman Web kami ini, anda menerima kelebihan dan manfaat berikut:-

  1. Latihan membina laman web percuma menerusi Kursus Laman Web kami. Kursus ini boleh dimuat turun dengan percuma. Anda tidak perlu daftar atau bayar apa-apa.
  2. Bantuan dan khidmat nasihat percuma dalam bahasa Melayu.
  3. Akses kepada tutorial dan tips pembinaan laman web dalam bahasa Melayu.

Kesemua ini adalah milik anda bila anda membina laman web percuma anda menerusi Kursus Laman Web yang boleh dimuat-turun percuma.

 

Comments are closed