Khidmat Web Hosting

Web Server sering dimuatkan dalam bilik khas dan dikendalikan oleh profesionnal IT. Web server boleh menyimpan berpuluh ribu laman web serentak dari pemilik seluruh dunia.
Web Server sering dimuatkan dalam bilik khas dan dikendalikan oleh profesionnal IT. Web server boleh menyimpan berpuluh ribu laman web serentak dari pemilik seluruh dunia.

Laman web anda perlu disimpan di Internet supaya ia boleh diakses oleh pengguna.

 

Dokumen – dokumen laman web disimpan di komputer khas yang dipanggil web server.

 

Terdapat banyak syarikat yang memberikan khidmat web server. Perkhidmatan ini dipanggil web hosting atau web host secara ringkas.

 

Syarikat yang menawarkan perkhidmatan ini pula dipanggil web hosting providers atau pemberi khidmat hos web.

 

 

Pakej Web Hosting

Anda boleh cari syarikat pemberi khidmat web hosting dengan menaip istilah "web hosting malaysia" di dalam enjin pencari Google.

Setiap syarikat menawarkan berbagai pakej dengan berbagai kos yuran.

 

Pakej hosting berbeda dari segi saiz ruang yang ditawarkan, jenis pelayan, teknologi dan sebagainya.

 

Yuran pula harus dibayar (biasanya setahun sekali) selagi anda inginkan perkhidmatan web hosting.

 

Anda digalakkan membuat kajian anda sendiri berkenaan dengan hal ini dan membandingkan pakej – pakej web hosting yang ditawarkan untuk lebih memahami perkhidmatan web hosting ini.

 

Namun untuk membina laman web di sini, anda tidak perlu membelanjakan sesen pun untuk mendapatkan perkhidmatan web hosting ini kerana kita akan menggunakan perkhidmatan web hosting percuma.

 

Nama Domain

Melalui Kursus Laman Web COMPU Studies, anda akan dibekalkan nama domain yang percuma buat selamanya.
Melalui Kursus Laman Web COMPU Studies, anda akan dibekalkan nama domain yang percuma buat selamanya.

Tidak gunanya ada laman web yang tersimpan di web server jika tidak ada alamat yang boleh digunakan untuk mengakses laman tersebut. Jadi mempunyai alamat laman web atau domain name (nama domain) adalah sesuatu yang wajib.

 

Domain name ada dua jenis. Jenis pertama adalah alamat percuma. Alamat ini diberikan oleh sesetengah syarikat dengan syarat mereka berhak memaparkan iklan di laman web anda.

 

Jika anda tidak suka alamat percuma, anda boleh mendapatkan domain name berbayar anda sendiri. Domain name boleh dibeli dari syarikat pemberi khidmat web hosting.

 

Untuk lebih banyak maklumat berkenaan domain name, sila rujuk Kursus Internet COMPU Studies.

 

Penutup

Menggunakan kaedah yang diajar dalam Kursus Laman, anda akan dengan cepat dan mudah dapat membina laman web dengan penampilan professional.
Menggunakan kaedah yang diajar dalam Kursus Laman, anda akan dengan cepat dan mudah dapat membina laman web dengan penampilan professional.

Dalam tutorial ini anda telah mendapat gambaran yang jelas bagaimana membuat suatu laman web.

 

Kini anda tahu semua keperluan membuat laman web dan bagaimana memperolehnya.

 

Anda juga sedar ada dua kaedah pembinaan laman web iaitu secara online dan secara offline.

 

Kini anda faham mengapa kami mengesyorkan anda mempelajari kaedah membina laman web secara online.

 

Jika anda bersedia membina laman web percuma, sila klik di sini untuk muat turun percuma Kursus Laman Web anda sekarang.