Membuat Laman Web Secara Offline

Melalui kaedah membuat laman web secara offline, laman web dihasilkan menggunakan perisian khas yang perlu dipasang di komputer pengguna.

 

Dalam kebanyakkan hal, pengguna tidak perlu ada akses Internet semasa membina dokumen laman web melalui kaedah ini.

 

Setelah dokumen laman web siap dibina, ia perlu dimuat naik ke web server menggunakan kaedah FTP (File Transfer Protokol).

 

 

Kelebihan Membuat Laman Web Secara Off line

Kelebihan membuat laman web secara offline adalah laman web yang dihasilkan itu sering lebih tinggi kualiti dan kemampuannya berbanding dengan laman yang dicipta secara online.

 

Ini disebabkan perisian yang digunakan itu sering lebih berkuasa dari yang disediakan secara online. Ini terutamanya disebabkan oleh penggunaan bahasa pemprograman seperti HTML, Javascript, Perl, PHP disamping penggunaan pengkalan data seperti SQL Server.

 

Oleh itu kaedah ini menjadi pilihan golongan profesional yang menghasilkan laman web korporat dan komersial yang besar, berkuasa dan mahal.

 

Kelemahan Membuat Laman Web Secara Offline

Anda perlu memikirkan pelaburan wang dan masa dalam memilih kaedah pembinaan laman web yang paling sesuai buat anda.
Anda perlu memikirkan pelaburan wang dan masa dalam memilih kaedah pembinaan laman web yang paling sesuai buat anda.

Kelemahan membuat laman web secara offline adalah laman web hanya boleh dikerjakan dari komputer tertentu sahaja yang mengandungi semua perisian - perisian pembinaan laman web dan semua dokumen dan fail – fail lain yang berkaitan.

 

Kaedah ini juga memerlukan anda mempelajari teknik menggunakan perisian pembinaan laman web yang sering kali rumit dan memakan masa lama dan belanja yang tinggi.

 

Selain dari itu untuk benar – benar menghasilkan laman web yang berkuasa, anda perlu juga mempelajari bahasa pemprograman seperti HTML, Perl, Javascript dan sebagainya.

 

Disebabkan ini, kaedah ini tidaklah sesuai untuk pengguna komputer biasa.