5 Pembina Laman Web Percuma Terbaik

Lima Pembina Laman Web Percuma Terbaik

Terdapat berpuluh – puluh pembina laman web percuma di Internet. Di bawah ini kami senaraikan 5 pembina laman web yang membenarkan anda membina laman web dengan percuma. Semua kecuali satu membenarkan anda memiliki laman web anda tanpa sebarang bayaran buat selamanya.

Wix

Kelebihan Wix

pembina laman web percuma wixWix menawarkan lebih 500 template yang cantik untuk anda membina laman web percuma anda. Jika anda bukan orang yang kreatif, template Wix yang tersedia siap dengan kandungan akan banyak membantu anda. Wix juga menawarkan berbagai ciri canggih bagi membina website yang cantik dan kelihatan professional. Wix juga menawarkan pelbagai cara untuk anda mendapatkan bantuan. Antaranya seperti butang Help di pembina laman web percuma, rencana berkaitan dan juga bantuan menerusi telefon dan e-mel.

Kekurangan Wix

Salah satu kekurangan terbesar Wix ialah apabila anda cuba menukar template anda, segala kandungan laman web / website anda akan hilang. Ini amat merunsingkan dan boleh mengambil masa yang lama jika kandungan anda itu banyak. Satu lagi kelemahan ketara Wix adalah laman web percuma yang dibina dengan Wix akan ada iklan yang yang besar di bahagian tepi dan bawah website. Untuk membuang iklan, anda perlu daftar untuk salah satu pakej berbayar Wix. Pembina laman web percuma Wix juga tidak sesuai jika anda ingin membina kedai online.

Weebly

Kelebihan Weebly

pembina laman web percuma weeblyWeebly adalah pembina laman web percuma yang paling mudah digunakan. Ia tidak mengandungi ciri dan fungsi yang berlebihan – cuma cukup untuk anda membina laman web / website yang berfungsi baik. Weebly juga memberikan banyak template menarik yang responsive – yakni kelihatan baik dalam alamat mobil dengan skrin kecil. Dengan Weebly, anda tidak terikat dengan satu template. Anda boleh mengubah template bila – bila masa tanpa menjejaskan kandungan website anda. Weebly juga membenarkan anda memasukkan kod HTML / CSS anda ke dalam website jika anda mahu. Selain dari template, Weebly juga menawarkan set page layout yakin set website yang siap dengan laman dan kandungan. Menerusi page layout anda terus boleh memasukkan kandungan ke dalam website anda tanpa perlu fokus kepada rekabentuk terlebih dahulu.

Kekurangan Weebly

Weebly hanya membenarkan anda menukar font styles dan color scheme (skema warna) template. Perubahan lain seperti menukar warna bar menu, latarbelakang (background color / image), melaraskan kelebaran (website width) hanya boleh dilakukan dengan mengubah suai kod HTML dan CSS template berkenaan. Ini pastinya sukar bagi mereka yang tidak ada pengalaman dalam programming HTML dan CSS. Weebly juga agak perlahan dalam menambah ciri dan fungsi pembinaan website mereka. Ramai pengguna Weebly juga mengadu fungsi blog dalam pembina laman web percuma ini amat ketinggalan dan tidak ada ciri – ciri yang lazim ditemui dalam blog biasa.

Jimdo

Kelebihan Jimdo

pembina laman web percuma jimdoJimdo adalah pembina laman web percuma antarabangsa kerana ia boleh digunakan dalam lebih dari satu bahasa. Jimdo membenarkan akses kepada kod HTML dan CSS website anda. Website percuma yang anda bina dengan Jimdo boleh digunakan tanpa had masa dan tanpa perlu di upgrade ke pakej berbayar.

Kekurangan Jimdo

Template Jimdo tidaklah secanggih template dari Wix atau Weebly namun kebanyakan template ini boleh diubahsuai dengan agak fleksibel. Jimdo tidak menggunakan sistem drag and drop atau heret dan lepas dalam pembina website. Malah sistem yang digunakan lebih mirip pilih dan masuk. Walaupun berbeda dari pembina website lain, sistem ini masih mudah digunakan.

Squarespace

Kelebihan Squarespace

pembina laman web percuma squarespaceSquarespace menawarkan anda template yang indah dan professional untuk membina laman web percuma anda. Squarespace juga membenarkan anda membina Landing Pages atau Cover Pages. Ini merupakan website dengan satu muka laman sahaja yang memaparkan segala maklumat relevan. Semua template Squarespace adalah responsive bermakna website anda akan kelihatan menarik walaupun di skrin kecil alatan mobile. Squarespace membenarkan anda menukar segala aspek paparan dan rekabentuk website anda tanpa perlu mengedit kod HTML atau CSS.

Kekurangan Squarespace

Rupa wajah website anda dalam alatan mobile seringkali berbeza dengan wajah dalam mod edit dalam pembina website Squarespace. Kekurangan kedua muncul dari kelebihan Squarespace yang memberikan banyak fungsi untuk mengubah rekabentul dan rupa wajah website. Bilangan fungsi dan setting yang terlalu banyak mungkin merunsingkan pengguna terutamanya mereka yang tidak ada pengalaman dalam membina website. Ciri e-commerce atau e-niaga Squarespace juga agak terhad kerana in hanya menggunakan satu sistem bayaran sahaja buat masa ini. Ini mungkin menghadkan kemampuan kedai online anda. Satu kekurangan paling ketara Squarespace ialah ia tidak ada pakej percuma – cuma pakej percubaan 14 hari sahaja.

WordPress.com

Kelebihan WordPress.com

pembina laman web percuma wordpressWordPress.com (berbeza dari WordPress.org) adalah membolehkan anda membina laman web percuma dan blog percuma dengan mudah. Website anda adalah percuma buat selamanya. WordPress.com menawarkan berbagai themes menarik untuk anda gunakan. Anda boleh ubah themes bila – bila masa tanpa menjejaskan kandungan website anda. Sistem WordPress menguasai lebih 25% dari website seluruh dunia dan penambahbaikan sentiasa dilakukan dengan versi – versi update dan upgrade dikeluarkan setiap beberapa minggu. Ini memastikan anda sentiasa mengikuti perkembangan terkini dunia pembinaan website.

Kekurangan WordPress.com

Laman web percuma yang dibina menggunakan khidmat WordPress.com tidak membenarkan anda menambah plugins. Plugin adalah program kecil yang digunakan bersama dengan WordPress bagi menambahkan ciri dan fungsi WordPress. Untuk menggunakan plugins, anda perlu hijrah website anda ke hosting anda sendiri. Ini melibatkan belanja. Sistem pembina website WordPress.com juga tidak menggunakan kaedah drag and drop (heret dan lepas). Ia menggunakan sistem menu dan fungsi. Ini memerlukan masa untuk dipelajari dan dikuasai. Juga jika anda benar – benar ingin menguasai WordPress.com, anda perlu juga belajar HTML dan CSS untuk mengubah suai website anda ikut citarasa anda sendiri.

Comments are closed