Daftar & Beli Kursus

Mudah untuk daftar sebagai pelajar

Mudah untuk daftar sebagai pelajar

Kedua – dua Versi Demo Kursus Bina Blog dan Kursus Laman Web boleh dimuat turun secara percuma dari laman web ini. COMPU Studies tidak mengenakan sebarang bayaran untuk versi demo kursus – kursus kami. Versi Demo kursus membenarkan anda menguji beberapa pelajaran kursus dan melihat betapa mudah dan berkualiti pembelajaran yang disediakan oleh kami.

Untuk mengikuti keseluruhan kursus secara lengkap, anda perlu dapatkan Versi Penuh Kursus Bina Blog dan Kursus Laman web. Dengan Versi Penuh anda boleh mengakses semua kandungan pelajaran, video, latihan dan perisian di dalam kursus. Untuk mendapatkan Versi Penuh kursus, anda perlu mendaftar sebagai pelajar COMPU Studies.

Pendaftaran sebagai pelajar sah COMPU Studies akan memberikan anda manfaat berikut:-

1. Anda akan dapat nombor pelajar yang unik dan sah. Nombor pelajar adalah berbeza bagi setiap peserta kursus dan akan digunakan bagi mengenal pasti anda sebagai pelajar sah COMPU Studies.

2. Dengan nombor pelajar anda boleh mengikuti semua pelajaran kursus anda tanpa sebarang sekatan atau iklan. Anda juga boleh mengikuti kursus dengan selesa di mana – mana komputer dan juga tanpa perlu sambungan Internet.

3. Dengan nombor pelajar anda layak menerima sokongan dan bantuan percuma untuk kursus anda. Ini termasuk jawapan kepada soalan berkaitan kursus dan sebarang soalan IT dan komputer yang lain. Bantuan dan sokongan ini berterusan walaupun anda telah menamatkan kursus. Itu komitmen kami kepada anda sebagai pelajar.

4. Sebagai pelajar anda layak menerima sijil bagi kursus anda. Sijil ini menjadi petanda atas kemahiran yang telah anda kuasai.

Untuk mendaftar, sila klik di sini

Comments are closed