Pengenalan

Dalam Pelajaran ini kita akan belajar cara - cara membina sebuah website yang indah dengan cepat dan mudah.

Untuk membina website anda, kita akan menggunakan sistem kelolaan BizNet.Site - satu syarikat pembuat website yang berpengkalan di Singapore.

BizNet.Site ada banyak kelebihannya yang menjadikannya pilihan terbaik untuk mereka yang ingin membina website professional dengan mudah dan murah.

Antara kelebihan BizNet.Site adalah:-

  • Ianya adalah percuma.
  • Ianya lengkap dengan hosting, alamat website dan editor website
  • Website yang anda bina tidak akan ada iklan.
  • Anda tidak perlu sebarang pengalaman langsung untuk membina website dengan BizNet.Site
  • Anda cuma perlu ada perlatan dengan akses Internet sahaja.
  • Anda boleh gunakan sebarang peralatan seperti smartphone, tablet, laptop atau komputer. Malah anda boleh gunakan smartTV juga.
  • BizNet memberikan sistem pembinaan website yang paling mudah di dunia.

Perbezaan Kursus Ini

Kursus Bina Website ini adalah berbeza dari kursus – kursus bina website yang lain. Ini kerana kursus bina website yang lain akan banyak membazir masa anda mengajar penggunaan sistem bina website dengan beratus setting, butang dan langkah – langkah yang perlu anda kuasai dan ingat untuk bina website.

Dalam kursus ini anda tidak perlu runsing akan semua perkara itu. Ini kerana sistem BizNet telah melakukan semua itu untuk anda. Maka tidak ada setting, langkah atau teknik yang perlu anda hafal dan guna.

Dalam kursus ini tumpuannya adalah pada cara menghasilkan KANDUNGAN website. Kandungan website terdiri dan tulisan (teks) dan grafik website. Sesuatu website itu cumalah sebaik kandungannya. Jadi jika anda tidak tahu cara hendak menghasilkan kandungan yang menarik yang dapat membuat pengunjung mengambil tindakan yang anda hendak mereka lakukan maka sia – sia sahajalah anda belajar sistem website yang paling canggih pun.