2 Mencipta Akaun

Keperluan Membina Website dengan BizNet.Site

Untuk membina website dengan BizNet.Site, anda cuma memerlukan salah satu dari dua perkara ini:-

Jika anda belum adalah mana – mana satu dari akaun di atas, silalah membuatnya terlebih dahulu kerana tanpanya anda tidak akan dapat membuat website dengan BizNet.Site. Tekan ikon di atas untuk buka website berkaitan untuk membuat akaun anda.

Jika anda sudah ada salah satu atau kedua – dua akaun di atas, silalah ikuti langkah – langkah di bawah untuk membina website pertama anda dengan BizNet.Site. Ianya cukup mudah.

Langkah 1 - Akses BizNet

Langkah pertama ialah membuka website BizNet.Site. Untuk melakukannya, anda cuma perlu tekan butang Buka BizNet.Site seperti di sebelah kanan atau bawah. 

Cara kedua anda boleh akses BizNet.Site adalah menaip alamat biznet.site terus ke bar alamat browser anda dalam tab baru seperti yang digambarkan. Kemudian tekan anak panah untuk buka website berkenaan.

Website BizNet.Site sepatutnya dibuka dalam tab yang berasingan. Ini supaya skrin kursus anda akan masih wujud dalam tab sekarang. Mulai dari saat ini anda akan bergerak antara tab kursus dan tab BizNet dalam mengikuti kursus dan membina website. Anda harus biasakan diri anda melakukannya.

Jika anda masih belum melakukannya, silalah tekan butang di atas sebelum ke langkah seterusnya.

Langkah 2 - Mula Proses

Di website BizNet.Site, sila tekan butang GET A FREE BUSINESS WEBSITE seperti yang digambarkan di sebelah.

Langkah 3 - Pilih Akaun

Seterusnya anda akan diminta untuk memilih akaun yang akan digunakan untuk log masuk ke BizNet dan bina website.

Dalam kursus ini kami akan fokus kepada menggunakan akaun Google kerana ianya jauh lebih terkenal. Namun jika anda biasa log masuk dengan Facebook, anda boleh gunakan akaun Facebook anda.

Bagi pengguna Google tekan butang Continue with Google.

Langkah 4 - Username

Setelah anda tekan butang Continue with Google, anda akan dibentangkan dengan skrin Sign In Google yang lazim kita lihat.

Perlu ditekankan pada ketika ini anda sedangan berinteraksi dengan perkhidmatan Google. Sebarang password yang anda taipkan tidak akan dikongsi oleh Google dengan BizNet. Jadi maklumat password anda adalah selamat.

Oleh itu teruskan dengan menaip alamat e-mel Google anda yang berakhir dengan @gmail.com. Kemudian tekan butang Next.

Langkah 5 - Password

Seterusnya masukkan password akaun Google anda. Seperti yang diterangkan tadi password ini tidak akan didedahkan oleh Google kepada BizNet. Kemudian tekan butang Next.

Selepas anda klik Next, berikan sedikit masa untuk Google mengaktifkan anda ke laman BizNet. Ia lazimnya tidak melebehi 10 saat.

Langkah 6 - Membership

Selepas anda diaktifkan, anda akan dilog masuk. Anda mungkin akan nampak beberapa mesej membership terpapar seperti yang ditunjukkan. Tekan butang pangkah X untuk menutup mesej berkenaan. Jika tidak ditutup, mesej akan hilang dengan sendirinya selepas beberapa saat.

Langkah 7 - Dashboard

Anda akan lihat skrin Dashboard BizNet.Site. Ini adalah skrin utama yang menyenaraikan semua website – website anda dengan link untuk mengedit.

Disebabkan ini adalah kali pertama anda memasuki BizNet, anda tidak akan nampak sebarang website tersenarai kerana anda belum membuat website lagi. 

Dalam pelajaran seterusnya kita akan melihat bagaimana hendak membina website pertama anda.

1 Pengenalan

Pengenalan

Dalam Pelajaran ini kita akan belajar cara - cara membina sebuah website yang indah dengan cepat dan mudah.

Untuk membina website anda, kita akan menggunakan sistem kelolaan BizNet.Site - satu syarikat pembuat website yang berpengkalan di Singapore.

BizNet.Site ada banyak kelebihannya yang menjadikannya pilihan terbaik untuk mereka yang ingin membina website professional dengan mudah dan murah.

Pengenalan

Dalam Pelajaran ini kita akan belajar cara - cara membina sebuah website yang indah dengan cepat dan mudah.

Untuk membina website anda, kita akan menggunakan sistem kelolaan BizNet.Site - satu syarikat pembuat website yang berpengkalan di Singapore.

BizNet.Site ada banyak kelebihannya yang menjadikannya pilihan terbaik untuk mereka yang ingin membina website professional dengan mudah dan murah.

Antara kelebihan BizNet.Site adalah:-

Perbezaan Kursus Ini

Kursus Bina Website ini adalah berbeza dari kursus – kursus bina website yang lain. Ini kerana kursus bina website yang lain akan banyak membazir masa anda mengajar penggunaan sistem bina website dengan beratus setting, butang dan langkah – langkah yang perlu anda kuasai dan ingat untuk bina website.

Dalam kursus ini anda tidak perlu runsing akan semua perkara itu. Ini kerana sistem BizNet telah melakukan semua itu untuk anda. Maka tidak ada setting, langkah atau teknik yang perlu anda hafal dan guna.

Dalam kursus ini tumpuannya adalah pada cara menghasilkan KANDUNGAN website. Kandungan website terdiri dan tulisan (teks) dan grafik website. Sesuatu website itu cumalah sebaik kandungannya. Jadi jika anda tidak tahu cara hendak menghasilkan kandungan yang menarik yang dapat membuat pengunjung mengambil tindakan yang anda hendak mereka lakukan maka sia – sia sahajalah anda belajar sistem website yang paling canggih pun.

Mula Belajar

Dijamin 100% PERCUMA!

Memperkenalkan pembina website paling mudah di dunia:

kursus bina website
Contoh Website Yang Boleh Anda Bina

Website Bisnes Professional PERCUMA

Kursus Bina Laman Web Percuma

Cara paling senang dan cepat meletakkan perniagaan anda di Internet.

Jika anda selalu menghendaki website untuk bisnes anda namun tidak berkesempatan mendapatkannya kerana kos yang dikenakan oleh syarikat pembina website terlalu tinggi atau masa yang diperlukan untuk mahir menggunakan perkhidmatan pembina website online terlalu panjang, anda harus cuba Kursus Bina Website COMPU Studies. Ianya adalah cara paling mudah dan cepat untuk membina website bisnes yang indah dan professional. Anda tidak perlu ada sebarang kemahiran. Dapatkan Kursus Bina Website hari ini. Ianya 100% PERCUMA. Ikut arahan di bawah untuk daftar

Mula Belajar Sekarang