12 Teknik Download Grafik

Pengenalan

Satu masalah besar yang sering di hadapi oleh pengguna dalam mencipta sebarang jenis website adalah mendapatkan gambar atau fail grafik yang sesuai. Dalam pelajaran ini dan beberapa pelajaran akan datang, kami akan dedahkan kepada anda beberapa sumber Internet yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan fail – fail grafik bagi website anda dan teknik hendak download fail grafik dari setiap satu sumber berkenaan.

Sumber 1 - Google Image

Google Image adalah sumber fail grafik paling besar di dunia. Kelebihannya anda boleh dapatkan fail grafik bagi sebarang jenis carian. Keburukannya adalah banyak dari fail grafik Google Image mungkin punya hakcipta dan menggunakannya mungkin melanggar undang – undang. BizNet mengingatkan penggunanya untuk memastikan gambar yang dimuat naik ke website BizNet adalah milik si-pemilik website itu sendiri atau punya hakcipta royalty-free yakni tidak ada hakcipta. Untuk download fail grafik, anda perlu gunakan komputer atau handset atau tablet. Fail grafik tidak boleh download menggunakan Smart TV kerana Smart TV tidak punya ruangan storan untuk kegunaan pengguna.

Untuk download fail grafil dari Google sungguh mudah. Langkah – langkahnya:-

  1. Pergi ke website Google Image. 
  2. Taip kata carian bagi gambar yang anda inginkan
  3. Tekan pada gambar yang menjadi pilihan anda
  4. Right-click (atau sentuh lama jika di handset/tablet) pada gambar
  5. Pilih opsyen Save Image As…

Kesemua langkah – langkah ini ditunjukkan dalam fail – fail video di bawah untuk lebih jelas.

Langkah 1 - Buka Google Image

Langkah 1: Tekan butang Play pada video untuk melihat bagaimana hendak membuka Google Image di telefon pintar anda. Dalam video ini kami menggunakan telefon jenis Android namun langkahnya sepatutnya tidak banyak berbeza bagi sebarang jenis telefon pintar.

Langkah 2 - Taip Kata Carian

Play Video

Langkah 2: Tekan butang Play pada video untuk melihat bagaimana hendak menaip kata carian dalam Google Image. Dalam contoh ini kami menaipkan flower dalam Bahasa Inggeris. Menggunakan perkataan Inggeris akan membuahkan lebih banyak hasil carian berbanding menggunakan bahasa lain. Gunakan bahasa lain untuk carian yang khusus untuk budaya atau bahasa itu sahaja.

Langkah 3 - Mencari Imej

Play Video

Langkah 3: Tekan butang Play pada video untuk melihat bagaimana hendak mencari gambar – gambar lain yang seupama dengan gambar pilihan dalam langkah 2. Untuk melakukanya kita menggunakan fungsi Google Lense. Fungsi ini hanya muncul sekiranya anda menggunakan handset. Google Lense akan menganalisa gambar pilihan kita dan mempamarkan gambar – gambar lain yang seupamanya. Anda juga boleh menggunakan fungsi Crop Google Lense untuk fokus kepada bahagian tertentu gambar asal dan mendapatkan set pilihan baru gambar lain berdasarkan pada bahagian yang anda crop tadi.

Langkah 4 - Download Imej

Play Video

Langkah 4: Tekan butang Play pada video untuk melihat bagaimana hendak download gambar atau imej masuk ke alatan anda. Dalam video ini kami menggunakan handset jenis Android. Anda perlu tekan lama atau long press pada gambar untuk melihat menu ospyen. Sila sesuaikan atau adaptasi langkah – langkah ini untuk alatan yang anda gunakan.

Langkah 5 - Lokasi Imej

Play Video

Langkah 5: Tekan butang Play pada video untuk melihat bagaimana hendak mencari lokasi gambar/imej yang anda download itu dalam alatan anda. Lokasi ini sangat penting diketahui supaya kita boleh upload gambar masuk ke website kita nanti. Dalam video ini kami menggunakan handset jenis Android dan aplikasi File Manager yang sedia ada dalam Android. Bagi sistem Android lokasi download lazimnya dalam folder Download. Ianya sama bagi kebanyakan alatan namun bergantung juga kepada jenis dan setting alatan anda. Sila adaptasikan video untuk alatan anda.

11 Asas Fail Grafik

Pengenalan

Dalam Kursus Bina Website ini fail grafik merujuk kepada gambar yang terkandung di dalam website anda. Setiap template website dalam BizNet mempunyai set fail – fail grafiknya sendiri. BizNet akan menggunakan fail grafik template sekiranya pengguna tidak memasukkan fail grafiknya sendiri. BizNet melakukan ini bagi memastikan website sentiasa lengkap dengan grafik dan tidak kelihatan kosong.

Website BizNet membenarkan anda memasukkan sejumlah fail – fail grafik. Fail – fail grafik ini adalah:-

  1. Fail grafik Header (kepala website)
  2. Fail grafik bahagian Business Description
  3. Satu fail grafik bagi setiap Product/Services. Jumlahnya 3.
  4. Fail grafik latarbelakang bahagian Contact

Jadi kesemuanya 6 fail grafik boleh dimasukkan. Ini adalah sesuai untuk kebanyakan website. Memasukkan terlalu banyak fail grafik dalam satu website tidak digalakkan kerana ianya akan menjadikan website tersebut “berat” dan lambat untuk download – terutamanya pada alatan yang menggunakan plan data.

Apabila anda memasukkan fail grafik anda sendiri, fail grafik anda akan menggantikan fail grafik BizNet. Fail grafik anda akan kekal walaupun anda menukar template. Jika anda memadamkan fail grafik anda, BizNet akan menggunakan balik fail grafik template.

Langkah 1 - Jenis Fail Grafik Website

Terdapat berpuluh jenis fail grafik. Jenis fail grafik dikenali sebagai FORMAT fail grafik. Antara format – format fail grafik yang sering digunakan dalam website ialah:-

  1. JPG atau JPEG di sebut jay-peg
  2. PNG
  3. GIF 

Anda tidak perlu tahu maksud singkatan semua jenis fail grafik tersebut. Yang perlu anda tahu adalah untuk kegunaan lazim, jenis fail yang paling baik digunakan ialah fail jenis JPG. Fail jenis JPG adalah fail yang menghasilkan saiz paling kecil. Ini menjadikannya ringan dan disebabkan itu sangat sesuai untuk pembinaan website.

Fail jenis PNG sering digunakan jika ada bahagian gambar atau grafik tersebut yang hendak dijadikan telus (transparent) supaya boleh memaparkan bahagian belakang.

Fail jenis GIF sering digunakan untuk menghasilkan gambar telus juga. Namun ianya lebih popular sebagai fail untuk menghasilkan animasi video. Ini kerana animasi video GIF tidak ada sekatan terhadap saiz minima, kelajuan, warna dan lain – lain yang diletakkan oleh website seperti YouTube. 

Langkah 2 - Saiz dan Dimensi Fail Grafik

Satu fail grafik ada dua nilai maklumat yang perlu diteliti oleh setiap pembina website. Yang pertamanya ialah saiz fail tersebut. Saiz fail diukur dalam unit byte (bait) dengan simbol B. Saiz fail grafik sering dinyatakan dalam KB (kilo byte) atau MB (Mega byte). KB adalah ribuan byte sementara MB adalah jutaan byte. Sebagai contoh saiz 23.7KB bermaksud 23.7 ribu byte. Begitu juga saiz 3.4MB bermaksud 3.4 juta byte. Semestinya MB itu lebih besar dari KB. Maklumat ini penting diketahu kerana BizNet meletakkan had maksima fail yang boleh anda upload ke dalam website anda sebagai 1MB setiap satu fail. Nilai kecil ini disengajakan supaya tidak membebankan website anda. 

Nilai maklumat kedua yang perlu diteliti berkenaan fail grafik adalah dimensi-nya. Dimensi fail grafik merujuk kepada ukuran panjang dan lebar gambar grafik tersebut. Ukuran dimensi fail grafik di lakukan dalam unit Pixel. Sebagai contoh grafik dengan dimensi 1000 X 300 mempunyai ukuran panjang 1000 pixel dan ukuran lebar (atau tinggi) 300 pixel. 

Dalam Kursus Bina Website ini kita akan menggunakan aplikasi online Google Photo sebagai editor grafik. Kita akan pelajari nanti bagaimana hendak meneliti kedua maklumat penting saiz dan dimensi dalam editor grafik kita dalam pelajaran akan datang.

Cara mendapatkan dua maklumat penting sebarang fail grafik dalam Google Photo. Kita akan pelajari lebih berkenaan ini dalam pelajaran akan datang.

Langkah 3 - Orientasi Fail Grafik

Orientasi fail grafik merujuk kepada sama ada grafik tersebut melintang (landscape) atau menegak (protrait). Perkara ini penting di ambil kira kerana template BizNet menggunakan kedua – dua jenis orientasi ini. 

Gambar landscape (melintang) dan protrait (menegak)

Apabila anda hendak menggantikan satu gambar template BizNet, anda perlu pastikan orientasi gambar anda sama dengan orientasi gambar yang hendak di ganti. Jika tidak, hasilnya tidak akan memuaskan. Lihat satu contoh di bawah.

Menggantikan gambar protrait (wanita dengan beg hitam) dengan gambar landscape (wanita baju putih) sering memberikan hasil kurang memuaskan kerana ada sahaja bahagian penting (bulatan merah) yang akan dipotong dari gambar landscape berkenaan.

10 Kandungan Wajib

Penyediaan

Setelah anda siapkan semua kandungan website anda, tibalah masanya untuk anda memasukkan kandungan ke dalam editor website BizNet anda. Untuk mengingatkan anda kembali, berikut adalah kandungan yang kami sarankan anda masuk ke dalam editor anda:-

  1. Tajuk website (Business Name)
  2. Slogan website (Tagline)
  3. Tajuk bahagian keterangan bisnes (Welcome Section Title)
  4. Keterangan Bisnes (Business Description)
  5. Tajuk bahagian produk/perkhidmatan (Featured Product and Services Section Title)
  6. Bilangan Produk/Perkhidmatan (How many products/services to show)
  7. Tajuk Produk/Perhidmatan Anda (Product/Services Name)
  8. Keterangan Produk/Perkhidmatan Anda (Product/Services Description)
  9. Teks Call to Action Text
  10. Tajuk Bahagian Perhubungan (Contact Section Title)
  11. Teks Call to Action Text bahagian Contact
  12. Alamat Perniagaan jika berkaitan (Address)
  13. Nombor Telefon (Phone)
  14. Nombor SMS (Text/SMS)
  15. Nombor WhatsApp jika ada (WhatsApp)
  16. Email jika berkaitan (Email Address)

Langkah 1 - Masukkan Kandungan

Jika anda sudah bersedia dengan semua kandungan di atas, sila luangkan masa lebih kurang satu jam untuk memasukkan semua kandungan tersebut ke dalam editor website anda. Buat masa ini anda boleh masukkan teks sahaja. Tidak perlu format teks anda dengan berbagai jenis format seperti bold, italic, underline atau cuba memasukkan link atau sebarang jenis teks berformat lain. Ini untuk menjimatkan masa dan memudahkan kerja.

Masukkan teks sahaja di dalam sebarang kotak editor berformat. Buat masa ini tidak perlu format sebarang teks.

Langkah 2 - Bilangan Produk

Pastikan anda laraskan nilai How many products/services to show mengikut bilangan produk/perkhidmatan yang anda masukkan ke dalam editor. Ini supaya mengelakkan website dipenuhi dengan teks dummy dan dilabelkan dummy website oleh BizNet.

Jangan lupa melaraskan nilai ini mengikut bilangan maklumat yang anda masukkan.

Langkah 3 - Memilih Template

Setelah anda masukkan semua maklumat teks, perkara terakhir adalah memilih template. Di sinilah ramai pengguna membuat kesilapan paling besar.

Template website di tetapkan di bahagian Design. BizNet meneraikan sejumlah tempat yang dinamakan mengikuti industri. Setiap templat punya rekabentuk unik dengan warna, font, grafik dan paparan yang berbeza. BizNet melakukan ini untuk mempermudahkan pembinaan website. Terlalu banyak pembina website lain membazirkan beratus jam pengguna dengan memaksa pengguna melakukan beribu jenis perubahan pada rekabentuk website. BizNet tidak membazirkan masa anda. Segalanya sudah dilakukan oleh mereka untuk anda. Jadi anda cuma perlu pilih templat mana yang anda hendak gunakan.

Ramai pengguna beranggap bahawa mereka harus memilih templat yang sesuai dengan industri mereka. Namun membaca arahan template yang diberikan adalah jelas perkara ini tidak benar. Sebenarnya anda boleh memilih sebarang jenis templat – tidak kira apa industri anda. BizNet akan secara automatik menyesuaikan semua kandungan yang anda masukkan dengan templat yang anda pilih. Anda tidak perlu lakukan sebarang perubahan layout atau format pada website anda. Mudah bukan?

Ikut arahan dalam animasi video bagaimana hendak bergerak ke bahagian Design dan memilih templat website anda. 

Cara hendak memilih template. Buat masa ini, pilih sahaja sebarang templat secara rambang. Templat BizNet boleh diubah bila - bila masa tanpa sebarang had. Kandungan website anda akan dipindah masuk ke templat baru secara automatik.

Langkah 4 - Publish Website

Jika anda telah melakukan semua langkah – langkah di atas dengan lengkap dan betul, tibalah saat yang dinanti – nantikan. Anda sekarang sedia untuk menerbitkan website BizNet anda yang pertama. Untuk melakukan itu:-

  1. Tekan butang Publish di menu hitam
  2. Tekan butang Update

Itu sahaja. Tunggu beberapa saat dan BizNet akan menerbitkan website anda dan memaparkannya untuk anda. Tahniah! Anda berjaya menerbitkan website anda sendiri.

Teruskan dengan pelajaran akan datang untuk lihat bagaimana hendak memilih templat yang terbaik untuk website anda.

Satu contoh website dengan template BizNet Beauty.

Langkah 5 - Menukar Template

Satu kelebihan BizNet ialah anda tidak terikat kepada mana – mana template. Walaupun template BizNet dinamakan mengikut industri anda sebenarnya boleh menggunakan sebarang template untuk sebarang industri.

Langkah seterusnya buat anda ialah melihat bagaimana website anda kelihatan dalam semua template. Kemudian anda boleh memilih satu template sebagai permulaan untuk menyediakan gambar – gambar grafik seperti yang akan kita buat dalam pelajaran seterusnya. Ini kerana template berlainan memaparkan gambar dalam keadaan yang berlainan. Sesetengah template menggunakan gambar menegak (protrait) dan sesetengah pula menggunakan gambar melintang (landscape). Jadi gambar – gambar yang akan kita sediakan harus mempunyai orientasi yang sama dengan gambar asal template. Menggunakan gambar protrait untuk menggantikan gambar landscape sebagai contoh tidak akan memberikan hasil yang menarik atau memuaskan. Kita akan pelajari lebih berkenaan ini dalam pelajaran akan datang.

Apabila anda tukar dari satu template ke lain anda akan lihat semua gambar – gambarnya akan berubah. Jangan terkejut melihat ini. Perkara ini disebabkan setiap template BizNet tiba dengan set gambar – gambarnya sendiri. Apabila anda memasukkan gambar anda sendiri – seperti yang akan kita lakukan dalam bahagian seterusnya – gambar anda akan kekal walaupun anda tukar template.

Ikuti langkah – langkah dalam video YouTube di bawah bagaimana hendak menukar template website BizNet anda. Video ini menunjukkan paparan skrin komputer untuk memberikan gambaran lebih jelas. Paparan di skrin kecil handset akan berbeza kerana semua template BizNet adalah responsif yang bermakna paparannya disesuaikan mengikut saiz skrin – satu lagi perkara yang dilakukan secara automatik oleh BizNet tanpa perlu anda buat apa – apa. 

9 Media Sosial

Penyediaan

Bahagian Sosial Media pada editor website BizNet adalah bahagian terakhir yang perlu anda isikan. Walaupun BizNet mewajibkan anda cuma memasukkan alamat laman Facebook anda sahaja, namun kami sarankan anda untuk memasukkan sebarapa banyak laman media sosial yang anda anda.

Maklumat yang perlu diisikan dalam medan – medan Social Media merupakan alamat URL laman profile anda di media sosial berkaitan. Ramai orang tidak tahu bagaimana hendak mendapatkan alamat URL ini. Oleh itu dalam pelajaran ini kami akan menceritakan kepada anda bagaimana.

Langkah 1 - Mendapatkan Link Facebook

Untuk mendapatkan alamat URL profile laman Facebook anda, buka app Facebook di handset anda. Kemudian log masuk menggunakan akaun anda. Seterusnya sentuh butang More dan sentuh opsyen Copy profile link seperti yang digambarkan dalam animasi di bawah.

Teknik hendak menyalin link profile Facebook anda.

Langkah 2 - Mendapatkan Link Twitter

Untuk mendapatkan alamat URL profile laman Twitter anda, anda perlu lakukan langkah – langkah yang lebih sedikit berbanding dengan Facebook. Untuk itu kami turunkan video pilihan di bawah untuk mengajar anda cara – caranya.

Untuk mendapatkan alamat URL laman profile media sosial anda, lakukan langkah – langkah seperti dalam video berikut:-

Langkah 3 - Mendapatkan Link YouTube

Bagi akaun YouTube, alamat URL-nya sering ialah https://youtube.com/ Alamat ini memerlukan anda mencipta akaun YouTube terlebih dahulu. Kemudian ikuti langkah – langkah di bawah untuk mendapatkan link saluran YouTube anda.

  1. Tekan gambar akaun anda di penjuru atas kanan skrin YouTube
  2. Tekan Your channels
  3. Tekan Customize Channels
  4. Tekan tajuk saluran
  5. Tekan bar alamat. Jika gunakan telefon anda perlu tekan lama. Jika gunakan komputer anda perlu right-click.
  6. Tekan Copy untuk salin alamat URL saluran YouTube anda.

Semua langkah – langkah ini ditunjukkan dalam animasi video di bawah.

Cara hendak mendapatkan link saluran YouTube anda. Tonton video seketika untuk memahami semua langkah - langkah yang disenaraikan di atas. Video adalah dalam mod berulang yang bermaksud ianya akan mula dari awal secara automaik apabila sudah tamat.

8 Contacts

Penyediaan

Bahagian Contact adalah bahagian di mana anda memasukkan maklumat perhubungan anda. Maklumat perhubungan ini akan digunakan oleh BizNet untuk mencipta butang dan borang online yang pengunjung boleh tekan atau isikan dan terus berhubung dengan anda sama ada menerusi panggilan, mesej atau online. Untuk itu anda perlu sediakan 5 jenis maklumat berikut:-

  1. Alamat lengkap anda. Ini penting jika bisnes anda adalah jenis fizikal anda anda ingin pengunjung datang ke lokasi bisnes anda.
  2. Nombor telefon. Jika anda mahu pengunjung website telefon anda dengan menekan butang telefon di website anda.
  3. Nombor SMS. Boleh jadi sama dengan nombor telefon. Pengguna boleh tekan butang dan terus SMS anda.
  4. Nombor WhatsApp. Boleh jadi sama dengan nombor telefon. Pengunjung boleh tekan butang dan terus WhatsApp anda.
  5. E-mel. Jika anda mahu pengunjung isikan borang online dan hantar e-mel terus dari website anda.

Langkah 1 - Section Title

Medan pertama di bahagian Contact (di bawah menu hitam) adalah Section Title. Medan ini tidak wajib diisi kerana BizNet akan secara automatik melatakkannya sebagai Contact Us.

Namun untuk membina website professional, anda harus mengisi medan ini. Apa yang hendak ditaip di medan ini akan menyerupai CTA bahagian Featured Products and Services yang dibincangkan dalam pelajaran yang lepas. Ini kerana tajuk bahagian ini perlu menguatkan perkara yang anda tawarkan dalam CTA sebelumnya.

Sebagai contoh jika CTA bahagian Featured Products and Services adalah Dapatkan Diskaun 70%, maka tajuk bahagian ini yang sesuai ialah Dapatkan Diskaun. Ianya menguatkan janji anda di bahagian CTA tadi.

Sebagai contoh lain jika CTA bahagian Featured Products and Services ialah Dapatkan Sampel Percuma maka tajuk yang sesuai bagi bahagian ini ialah Sampel Percuma atau yang seupama dengannya. 

Jika anda hanya mahu pengunjung hubungi anda, maka tulis Hubungi Kami/Saya. Maksima ialah 7 patah perkataan.

Tindakan Anda: Sediakan tajuk Section Title dalam aplikasi atau buku nota anda.

Section Title bahagian Contact menguatkan CTA di bahagian Featured Products dan Services.

Langkah 2 - Contact CTA

Percaya atau tidak, bahagian Contact ini juga ada CTA-nya sendiri. CTA bahagian Contact akan menjemput pengunjung mengambil tindakan yang anda mahu mereka lakukan. Tindakan ini boleh jadi salah satu atau lebih dari perkara – perkara berikut:-

  1. Mengunjungi premis anda mengikut Google Map yang disediakan
  2. Mengisi borang dan e-mel anda
  3. Menelepon anda.
  4. Menghantar mesej kepada anda sama ada menerusi SMS atau WhatsApp

BizNet memberikan anda sehingga 50 patah perkataan bagi menyakinkan pengunjung anda untuk mengambil salah satu dari tindakan – tindakan di atas. Jadi tulislah seperenggan dua teks yang boleh memberikan motivasi kepada pengunjung anda untuk bertindak. Gunakan sebarang jenis kata – kata power yang anda tahu asalkan ianya tidak keterlaluan dan berlainan dari suasana website anda.

Tindakan Anda: Cipta dua atau lebih draf bahagian CTA Contact ini. Renungkan untuk beberapa hari. Lakukan sebarang penambahbaikan dan akhir sekali pilih satu yang anda suka.

CTA bahagian Contact adalah peluang terakhir bagi anda untuk menyakinkan pengunjung mengambil tindakan. Jangan sia - siakannya.

Langkah 3 - Maklumat Perhubungan

Seksyen seterusnya adalah seksyen di mana anda memasukkan maklumat perhubungan yang sebenar. BizNet menyediakan 5 medan untuk anda isikan iaitu Alamat, Nombor Telefon, Nombor SMS, Nombor WhatsApp dan Alamat E-mel. Anda sepatutnya sudah ada semua maklumat ini seperti yang diajar dalam bahagian Penyediaan di atas.

Dari kesemua 5 butiran maklumat di atas, BizNet cuma mawajibkan anda isikan nombor telefon anda sahaja. Namun kami sarankan anda isikan semua nombor telefon, SMS dan WhatsApp.

Alamat harus diisi oleh semua jenis bisnes yang beroperasi dari premis fizikal seperti pejabat, agensi, sekolah, kedai, restoran dan sebagainya. Apabila anda mengisikan alamat, seeloknya isikan alamat lengkap anda tanpa tanda koma. Jadi alamat sepatutnya berupa 3 Persiaran Jati Dulang Taman Kendiri Bulan 30900 Batu Gajah Perak. Apabila anda mengisi alamat, BizNet akan secara automatik memasukkan satu peta Google (Google Map) ke website anda. Google Map ini akan  menandakan lokasi alamat anda. Ini akan memudahkan sebarang pengunjung website mencari premis perniagaan anda. 

Jika bisnes anda adalah jenis 100% online, anda boleh abaikan mengisi alamat. Sebaliknya kami menyarankan anda mengisi medan alamat e-mel.

Mengisi medan alamat e-mel akan membolehkan pengunjung menghubungi anda menerusi borang online yang akan dicipta secara automatik oleh BizNet. Menerusi borang ini pengujung boleh menghantar e-mel kepada anda.

Lebih banyak cara anda berikan pengunjung untuk berhubung dengan anda, lebih banyak maklumbalas yang anda akan terima. Oleh itu janganlah segan mengisi bahagian maklumat Contact

7 Featured Products

Penyediaan

Dalam pelajaran ini kita akan menyediakan kandungan berkenaan produk dan perkhidmatan anda secara khusus. Kita ada dua cara bagaimana hendak melakukannya:-

  1. Fokus kepada produk/perkhidmatan secara khusus contohnya satu jenama atau keluaran tertentu.
  2. Fokus kepada kategori produk/perkhidmatan secara am. Contohnya bag tangan, kasut, pakej percutian, pakej katering dan sebagainya.

Pendekatan mana yang anda akan gunakan akan bergantung kepada bilangan produk/perkhidmatan yang anda tawaran. Sebagai contoh jika anda hanya menjual pelbagai jenis kad sim sahaja maka lebih sesuai anda fokus kepada produk khusus. Jadi anda akan ada Produk Kad Sim Syarikat A, Produk Kad Sim Syarikat B dan seterusnya. Pendekatan ini sesuai jika bilangan produk/perkhidmatan anda adalah kurang dari 5.

Namun jika anda menawarkan pelbagai jenis produk/perkhidmatan dan anda ingin promosikan mereka, elok jika anda fokus kepada kategori produk berkenaan. Sebagai contoh jika anda menjual pelbagai jenis pakaian elok anda fokus kepada kategori pakaian seperti baju, seluar, kasut, barangan kemas, bag tangan dan lain – lain. Tidak perlu fokus kepada mana – mana satu jenis pakaian, jenama, model atau potongan. Pendekatan ini sesuai jika anda ada lebih dari 5 jenis produk/perkhidmatan yang ditawarkan.

Tindakan Anda: Tulis dalam app atau buku nota tiga jenis atau kategori produk/perkhidmatan yang ingin anda promosikan di website.

Langkah 1 - Featured Products Section Title

Medan yang wajib diisikan seterusnya ialah medan Section Title di bawah menu hitam Featured Products and Services seperti digambarkan.

Tajuk yang sesui diisikan akan bergantung kepada pendekatan yang telah anda pilih dalam bahagian Penyediaan di atas.

Jika anda telah memilih untuk fokus kepada produk/perkhidmatan yang khusus jadi anda boleh letakkan tajuk bahagian ini merujuk kepada produk/perkhidmatan anda yang paling popular atau laris. Contohnya seperti Kad Sim Paling Laris , Pakej Percutian Paling Murah, Kelas Paling Popular, Bag Tangan Rebutan Ramai dan sebagainya.

Jika anda telah memilih untuk fokus kepada kategori produk/perkhidmatan maka letakkan tajuk bahagian ini merujuk kepada kategori. Contohnya Produk Paling Popular, Pakej Paling Popular, Servis Di Sukai Ramai, Barangan Paling Murah dan sebagainya. Perhatikan tajuk jenis ini bercorak am dan tidak merujuk kepada mana – mana satu jenis produk/perkhidmatan. 

Pastikan tajuk anda menarik perhatian pengunjung. Elakkan tajuk yang bercorak puji – pujian atau keterlaluan seperti “Rahsia Terbongkar”, “Kurniaan Tuhan”, “Hidup Anda Akan Lebih Bermakna”, “Anak Jadi Genius” dan sebagainya. Tidak ada sesiapa yang percaya tuntutan seperti ini. 

Section Title ini sangat penting bagi mula menarik minat pengunjung.

Langkah 2 - Bilangan Produk

BizNet membenarkan anda promosi tiga jenis atau kategori produk/perkhidmatan anda. Tujuannya ialah membina minat dan keinginan terhadap produk anda di hati pengunjung supaya mereka akan mengambil langkah menghubungi anda dan mendapatkan produk/perkhidmatan anda.

Walaupun BizNet menyediakan sehingga 3 ruang produk/perkhidmatan, anda tidak di bawah sebarang kewajipan mengisi ketiga – tiga ruang ini. Di bawah medan Section Title terdapat satu pilihan ringkas berjodul How many products/services to show? Ianya memberikan anda 3 pilihan iaitu one, two dan three. Di sini anda boleh tetapkan bilangan ruangan produk/perkhidmatan yang anda mahu di website anda. Rekabentuk website anda akan berubah wajab berdasarkan pilihan anda ini. Anda akan dapat melihat fungsi ini dalam aksi di pelajaran – pelajaran akan datang.

Kami menyarankan anda letakkan pilihan ini kepada three untuk dapatkan 3 ruang produk. Namun jika anda ingin siapkan website anda secepat mungkin, anda boleh ubahkannya ke nilai one untuk satu ruang produk. Namun JANGAN letakkan three tetapi cuma isikan maklumat bagi satu produk sahaja. Melakukan demikian akan menyebabkan website anda dianggap sebagai dummy website kerana mempunyai terlalu banyak kandungan generik (dummy text and dummy graphic). Jadi jika anda tidak ada maklumat yang banyak berkenaan produk/perkhidmatan anda, letakkan one buat masa sekarang dan boleh ubah pilihan ini di masa depan.

Letakkan bilangan produk yang ingin anda paparkan di website. BizNet akan menyesuaikan rekabentuk website mengikuti pilihan anda.

Langkah 3 - Product/Service Name

Medan wajib seterusnya ialah Product/service name. Disebabkan ini adalah produk/perkhidmatan anda yang pertama, pastikan anda mengisikan Product/service name bagi Product/Service #1. BizNet meletakannya 3 seksyen untuk produk/perkhidmatan yang dilabelkan #1, #2 dan #3. Isikan mengikut turutan. 

Seperti yang dipelajari di bahagian Penyediaan di atas, apa yang ditulis sebagai tajuk produk/perkhidmatan anda akan bergantung kepada pendekatan yang diambil awal tadi. Jadi jika anda ingin fokus kepada jenis produk/perkhidmatan maka nyatakannya dengan jelas. Contoh Kad Sim Maxis One Plus. Seeloknya gunakan huruf besar bagi permulaan setiap perkataan. Jika anda ingin gunakan pendekatan kategori, satu contoh ialah Jeans Wanita. BizNet meletakkan had maksima 7 patah perkataan jadi jika produk/perkhidmatan anda ada nama yang panjang, sila singkatkannya.

Tindakan Anda: Catatkan nama bagi Product/service name pertama anda dalam aplikasi atau buku nota anda.

Letakkan nama produk/perkhidmatan pertama yang ingin dipromosikan.

Langkah 4 - Product/Service Description

Medan wajib terakhir dalam seksyen Featured Products and Services ini adalah Product/Service Description. Di sinilah anda menaip keterangan terperinci produk/service anda. Petua yang harus diikuti semasa menaip kandungan ini ialah:-

  1. Nyatakan nama produk/perkhidmatan sekurang – kurangnya sekali dalam bahagian ini.
  2. Nyatakan bagaimana produk/perkhidmatan tersebut boleh membantu pengguna.
  3. Nyatakan 3 ciri istimewa/kelebihan produk/perkhidmatan tersebut.
  4. Tawarkan sesuatu yang menarik kepada pengunjung. Contoh diskaun, beli satu dapat satu percuma dan sebagainya.

Elakkan dari melakukan semua kesilapan yang telah kami utarakan pada bahagian Business Description dalam pelajaran yang lepas. Ikuti semua petua dan panduan yang sama. Rujuk kembali jika perlu. Ambil masa – janganlah tergopoh hendak siapkannya secepat mungkin. Kadangkala anda mungkin perlu buat pertukaran 2 atau 3 kali sebelum puas hati.

Tindakan Anda: siapkan keterangan produk/perkhidmatan anda. Pastikan jangan melebih had yang ditetapkan iaitu 250 patah perkataan.

Disinilah tempatnya anda mula menjual produk/perkhidmatan anda dengan serius. Pastikan lakukan yang terbaik.

Langkah 5 - CTA

CTA bermaksud Call To Action. Ianya adalah teks yang meminta pengunjung website anda mengambil sesuatu tindakan.  Medan ini tidak wajib dan BizNet akan secara automatik meletakkan teks Contact Us. Namun kami amat menyarankan anda mengisikannya. Gunakan pelbagai teks yang sesuai dengan apa yang anda tawarkan. Contohnya “Hubungi Kami“, “Beli“, “Dapatkan Diskaun“, “Ketahui Lebih Lanjut” dan sebagainya. BizNet akan meletakkan teks ini ke dalam satu butang yang pengunjung anda boleh tekan. Apabila butang ini ditekan, pengunjung akan boleh menghubungi anda menerusi pelbagai cara untuk mendapatkan apa yang anda tawarkan di website anda ini. 

Tindakan Anda: Fikirkan teks CTA yang sesuai dan catatkan dalam app atau buku nota anda.

Langkah 6 - Produk 2 dan 3

Ulangi semua langkah – langkah di atas jika anda ingin masukkan lebih banyak maklumat produk/perkhidmatan anda. Semua maklumat ini haruslah dimasukkan di seksyen Featured Products and Service #2 dan Featured Products and Service #3 menggunakan petua – petua yang diajar di atas. Jangan lupa laraskan setting How many products and services to show untuk menyamakan dengan bilangan maklumat produk/perkhidmatan yang anda masukkan itu. Rujuk Langkah 2 di atas.

6 Biz Info

Penyediaan

Bahagian seterusnya yang wajib diisikan ialah bahagian Biz Info. Bahagian ini mengandungi 3 jenis maklumat:-

  1. Welcome Section Title atau Tajuk Bahagian
  2. Welcome Section Image atau Grafik Bahagian
  3. Business Description atau Keterangan Bisnes

Dari ketiga – tiga maklumat di atas cuma 1 dan 3 (tajuk bahagian dan keterangan bisnes) sahaja yang diwajibkan oleh BizNet. Mari kita lihat bagaimana hendak memasukkan maklumat yang sesuai ke dalam kedua medan ini.

Langkah 1 - Welcome Section Title

Bahagian ini adalah tajuk bahagian keterangan bisnes anda. BizNet meletakkan had 7 patah perkataan kepada tajuk bahagian Biz Info ini. Lazimnya orang meletakkan tajuk bahagian ini sebagai Selamat Datang atau Welcome atau sebarang teks seupamanya. Ini adalah satu pembaziran kerana ianya tidak mesra SEO. Kenyataan Selamat Datang tidak membawa sebarang nilai maklumat kepada pengunjung kerana ianya tidak menerang apa pun berkenaan website anda.

Berpandukan kepada prinsip SEO, kita harus gunakan medan ini dengan sebaiknya. Letakkan salah satu atau kedua dari maklumat berikut:-

  1. Keterangan akan produk/perkhidmatan utama anda
  2. Pengenalan kepada nama perniagaan anda

Perkara mana yang harus didahulukan akan bergantung kepada tajuk website dan tagline yang telah anda sediakan dalam pelajaran yang lepas. Mari kita ambil contoh taska:-

  1. Tajuk Website = Taska Ibrahim Kampar Perak
  2. Tagline = Mendidik Anak Kampar Sejak 1995
  3. Tajuk Biz Info = Pendidikan Taska Islam Bertauliah di Kampar, Perak 

Di sini kita dapat lihat tajuk biz info bukan sahaja menguatkan lagi SEO yang sudah dilakukan di bahagian tajuk website dan tagline bahkan ianya menambah SEO bagi dua isitilah baru iaitu Islam dan Bertauliah. Ini adalah contoh penggunaan bijak bahagian tajuk biz info bukan sahaja kerana memberikan info tambahan kepada pengunjung tetapi menguatkan lagi SEO website. Contoh lain:-

    1. Tajuk Website = Restoran Nasi Briyani Siti Rahmah
    2. Tagline = Paling Laris di Sungai Petani 
    3. Tajuk Biz Info = Jamuan atau Tempahan Sebarang Acara

Tiga maklumat di atas sudah cukup memberikan gambaran jelas kepada pengunjung (dan Google) apa yang ditawarkan di website anda.

Tindakan Anda: Ciptalah beberapa tajuk bahagian berlandaskan prinsip yang telah anda pelajari ini. Renungkannya beberapa hari. Jika timbul idea baru dalam otak, sila tambahkan. Selepas beberapa hari pilih satu yang anda rasakan paling sesuai. Jangan takut, anda boleh ubah pilihan anda kelak jika mahu.

Gunakan medan Welcome Section Title bagi membina SEO dan memberikan maklumat baru kepada pengunjung website anda.

Langkah 2 - Business Description

Medan Business Description adalah medan di mana anda menerangkan berkenaan perniagaan anda dan apakah yang ditawarkan olehnya. Kesilapan yang paling kerap dilakukan pengguna ialah terlalu malas hendak mengisi bahagian ini. Kegagalan mengisi bahagian ini bermakna anda memang tidak mahu website anda berjaya.

Google meletakkan had minima 300 patah perkataan bagi kandungan teks sebarang website. BizNet meletakkan had maksima medan ini kepada nilai tersebut. Anda sepatutnya menaip keterangan antara 150 hingga 300 patah perkataan. Jadi medan ini memerlukan sedikit karangan di pihak anda.

Apabila menaip keterangan bisnes, elakkan dari melakukan kesilapan – kesilapan yang kerap dilakukan pengguna lain:-

  1. Tidak menggunakan bahasa rasmi. Contohnya menulis dalam dailek.
  2. Ayat terlalu pendek atau terlalu panjang – tidak ada titik nokta di mana – mana pun.
  3. Menggunakan simbol dan tanda – tanda yang tidak membawa erti.
  4. Keterangan lari dari topik (seperti menceritakan asal usul perniagaan) atau terlalu ringkas

Di dalam bahagian – bahagian di bawah kami akan berikan beberapa contoh karangan dan menceritakan kelemahan setiap satu.

Contoh Biz Info Yang Buruk

Berikut kami turunkan beberapa contoh karangan Biz Info yang buruk untuk manfaat anda. Segala maklumat yang boleh mengenal pasti tuan punya karangan telahpun kami gelapkan.

Kesilapan:-
Tajuk yang membazirkan. Penggunaan nombor yang tidak bermakna. Penerangan yang terlalu ringkas. Menggunakan kata singkatan T.Q yang punya makna sama dengan perkataan Terima Kasih

Kesilapan:-
Tajuk tidak sesuai. Huruf besar pada setiap perkataan. Mempromosikan dua atau lebih produk dari berlainan kategori.

Kesilapan:-
Tulisan ala twitter. Tidak ada titik nokta. Penggunaan #hashtag am. Tidak sesuai langsung untuk website.

Kesilapan:-
Tajuk terlalu am. Huruf besar pada setiap perkataan. Tidak memberikan keterangan terperinci berkenaan produk apa yang dijual (jenama, jenis, kelebihan produk dan sebagainya). Usaha jenis "melepaskan batuk di tangga" sahaja.

Kesilapan:-
Terlalu banyak baris. Format baris yang hodoh. Ruang antara baris yang besar. Maklumat tidak lengkap (tidak ada link untuk install app yang dipromosikan).Juga tidak diterangkan apa yang dilakukan oleh app "bermanfaat" ini. App misteri.

Langkah 3 - Tindakan Anda

Fikirkan apa 3 perkara utama yang anda ingin pengunjung tahu berkenaan produk dan perkhidmatan anda. Fikirkan juga apa 3 sebab pengunjung harus memilih produk atau perkhidmatan anda berbanding dari perniagaan lain? Sekarang duduk dari karang satu penerangan yang menerangkan kesemua 6 perkara di atas. Pastikan anda ikuti semua petua yang diberikan di atas dan elak dari melakukan semua kesilapan yang ditunjukkan di atas.

Selepas beberap hari, periksa semula karangan anda dan buat sebarang penambahbaikan. Ulangi semula setiap beberapa hari sehingga tiba pelajaran di mana anda akan menaip masuk kandungan ke dalam website editor anda. Simpan karangan anda dengan selamat. Jangan padamkan teks atau hilang buku nota anda.

5 Edit Bahagian Design

Penyediaan

Dalam pelajaran ini kita akan mula mengedit website. Kita akan mulakan dengan bahagian pertama iaitu Design. Kita akan mengedit dua jenis maklumat penting iaitu:-

  1. Nama Panjang Perniagaan
  2. Tagline Bisnes

Keduanya akan menjadi butiran maklumat pertama yang akan dilihat oleh pengunjung ke website kita. Jadi adalah penting kita memberikan penampilan pertama yang betul dan menarik kepada pengunjung kita.

Selain dari itu kita juga akan belajar berkenaan SEO atau Search Engine Optimization dan bagaimana kita boleh menggunakannya untuk memberikan kelebihan pada cari Google.

Jangan segan menggunakan teknologi lama. Kadang - kadang ianya adalah yang paling sesuai.

Sebelum teruskan kami sarankan anda buka satu app berbeza untuk mencatitkan maklumat yang akan anda cipta dalam pelajaran ini. Ini kerana anda tidak akan dapat Update website anda lagi hanya dengan dua maklumat ini. Jadi maklumat ini harus disimpan di tempat lain. Teknik ini juga akan membolehkan anda “edit” website anda secara offline kerana jika anda terfikir idea yang lebih bagus, anda boleh terus tambah atau edit di app anda walaupun tiada Internet. 

Anda boleh gunakan sebarang jenis app sedia ada dalam komputer atau handset anda. Kami lazimnya menggunakan aplikasi teks editor seperti Notepad untuk komputer Windows. Bagi handset, anda boleh gunakan WhatsApp atau sebarang jenis app mesej yang membenarkan anda menulis teks. Jika anda tidak suka menaip dalam handset, anda boleh catat menggunakan pen dan kertas sahaja. Itu adalah yang terbaik.

Langkah 1 - Edit Business Name

Nama Perniagaan atau Business Nama adalah maklumat yang pertama yang harus diisikan dalam editor website anda. Ianya juga adalah maklumat yang paling mudah dan tidak perlu banyak penjelasan. Cuma kami perlu ingatkan bahawa BizNet meletakkan had maksima 5 patah perkataan bagi nama website. Ini kerana nama website akan membentuk tajuk utama website anda. Tajuk yang panjang bukan sahaja tidak cantik malah tidak akan dibaca oleh kebanyakan pengujung. Jadi jika nama penuh perniagaan anda adalah panjang seperti Restoran Nasi Briyani Daun Pisang Siti Rohani (7 patah perkataan) anda mungkin perlu pendekkan ke Nasi Beryani Daun Pisang Siti (5 patah perkataan) sahaja.

Tindakan anda: Fikirkan nama perniagaan yang sesuai dan catitkan dalam app atau kertas kerja anda.

Langkah 2 - Edit Tagline

Tagline atau slogan kata adalah medan yang kedua yang kita harus isikan. Walaupun medan ini tidak diwajibkan untuk diisi namun ianya sangat berguna dan penting untuk tujuan SEO yang akan kami jelaskan nanti.

Jika perniagaan anda tidak ada slogan, anda tidak perlu perah otak untuk memikirkan slogan yang menarik dan anggun. Kami sarankan anda masukkan lokasi perniagaan anda sahaja. Jika kita ambil contoh Nasi Briyani Daun Pisang Siti tadi, tagline boleh jadi Kampung Gurun, Sungai Petani, Kedah.

Jika perniagaan anda adalah jenis online, masukkan ciri – ciri yang menjadi daya tarikan perniagaan anda. Contohnya

  1. Murah dan Berkualiti.
  2. Servis Terbaik Sejak 1990.
  3. More than 5000 Happy Customers

Bak kata sebarang keistimewaan yang anda ingin ketengahkan dengan serta merta kepada pengunjung anda.

Langkah 3 - Pengenalan Kepada SEO

SEO adalah singkatan bagi Search Engine Optimization. Ianya merujuk kepada teknik penulisan kandungan website yang disarankan oleh Google untuk memudahkan pengguna mencari website anda dalam carian Google dan lain – lain enjin pencari seperti Yahoo dan Bing.

Perkara yang paling penting dalam SEO adalah tajuk dan tagline website anda. Ini kerana dua maklumat ini adalah perkara pertama yang dibaca oleh enjin pencari apabila mereka indek kandungan sebarang website. Tajuk dan tagline yang unik dan bersesuai dengan kandungan website akan disukai oleh Google. Tajuk dan tagline yang bercorak am dan tidak serasi dengan kandungan website tidak akan menarik perhatian Google.

Oleh itu menulis tajuk dan tagline menggunakan prinsip SEO akan banyak membantu website anda muncul di carian Google. Kami mengamalkan prinsip ini dan dapat meraih berpuluh ribu pengunjung ke website kami setiap tahun. Kami akan ajarkan kepada anda teknik rahsia ini.

Langkah 4 - SEO Bisnis Fizikal

Bisnes fizikal adalah bisnes yang beroperasi dari premis. Contohnya kedai, restoran, bengkel, sekolah, pejabat dan sebagainya. Teknik SEO bagi bisnes fizikal adalah bagaimana hendak meletakkan nama perniagaan  dan tagline yang membentuk tajuk website anda supaya mempunyai 3 jenis maklumat penting berikut:-

  1. Produk dan perkhidmatan yang diberikan
  2. Siapa yang memberikan produk dan perkhidmatan
  3. Di manakah lokasi perniagaan

Kebanyakan website yang dicipta tidak diendahkan oleh Google kerana tidak mempunyai 3 maklumat berikut. Jangan anggap bahawa website anda perlu dikunjungi beribu orang setiap hari sebelum ianya menarik perhatian Google. Hakikatnya Google akan tertarik dengan website yang punya maklumat releven seperti di atas walaupun amat sedikit pengunjungnya. Mari kita lihat apakah kesilapan lazim yang dilakukan oleh kebanyakkan pencipta terhadap nama dan tagline website mereka.

Kesilapan Lazim SEO

Kita akan mengambil contoh Nasi Briyani di atas, meletakkan tajuk website sebagai Nasi Briyani Sedap Gila bukannya teknik SEO baik – melainkan itu sememangnya nama perniagaan anda. Begitu juga tajuk Siti Rohani tidak dianggap sebagai tajuk website yang baik melainkanlah Siti Rohani itu seorang selebriti terkenal.

Perkara kedua elakkan dari meletak simbol atau singkatan pada tajuk website. Singkatan seperti Sdn. Bhd. lazimnya tidak diperlukan. Jadi Khairul Construction adalah memadai dan tidak perlu Khairul Construction Sdn Bhd. Ini kerana terlalu banyak Sdn Bhd di Internet dan ianya bukan mewakli maklumat unik di mata Google.

Secara lazimnya apabila meletakkan tajuk, fikirkan “bagaimana pelanggan akan mencari bisnes saya di Google“. Cuba fikirkan apakah agaknya carian yang akan mereka taip di Google yang paling hampir dengan perniagaan anda? Sebagai contoh, jika anda adalah pengendali taska, kemungkinan besar pelanggan akan menaip “taska” diikuti dengan lokasi seperti “taska kampar perak”. Jadi website dengan tajuk dan kandungan paling menghampiri carian ini akan dibentangkan sebagai pilihan pertama oleh Google. Jadi satu contoh tajuk website yang paling berkesan ialah “Taska Idaman Taman Bintang Kampar“.

Anda boleh gunakan kedua – dua tajuk dan tagline untuk tujuan SEO. Dalam contoh taska di atas meletakkan tagline “Mendidik Anak Kampar sejak 1995” bukan sahaja relevan tetapi adalah strategi SEO yang bijak.

Namun jangan pula anda cuba hendak menipu Google dengan meletakkan tajuk website yang cuba meniru kandungan popular. Meletakkan tajuk website anda sebagai Proton Edar tidak akan menjadikannya lebih popular dari website rasmi entiti pernigaan yang sah berkenaan. Cubaan seperti ini akan didenda oleh Google dan mereka mungkin akan senarai hitamnya website anda dan ianya tidak akan muncul dalam sebarang carian.

Jadi ingatlah petua SEO bagi bisnes fizikal anda di atas dan gunakannya sebaik mungkin bagi memastikan tajuk website anda punya maklumat berguna, releven dan unik bukan sahaja untuk Google tapi lebih penting lagi pengunjung anda. Anggaplah Google sebagai pengunjung VIP ke website anda dan bukan robot bodoh kerana sesungguhnya robot Google itu bukan bodoh.

Bagi bisnes fizikal seperti bengkel, kedai, restoran, pejabat, sekolah, gerai dan lain - lain, menyatakan lokasi perniagaan adalah sangat penting. Ianya akan membantu pelanggan mencari anda dan Google mengedepankan website anda kepada lebih ramai pelanggan berpontensi.

Langkah 5 - SEO Bisnis Online

Bagi bisnes online, strategi SEO tidak menekankan kepada lokasi. Ini kerana anda menjual produk atau perkhidmatan menerusi Internet. Bagi bisnes online strategi SEO bagi menamakan tajuk website anda dan tagline ialah:-

  1. Menyatakan produk dan perkhidmatan yang diberikan
  2. Nyatakan ciri paling menarik

Untuk bisnes online medan nama perniagaan atau Business Name tidak wajib diisikan dengan nama perniagaan berdaftar anda. Sebagai contoh, katakan anda menjual barang kemas dari Arab dan perniagaan anda berdaftar atas nama Siti Jewelry Sdn Bhd (ya, kami suka nama Siti). Bagi perniagaan seperti ini meletakkan medan Business Name sebagai Siti Jewelry bukanlah strategi SEO yang bijak – melainkan perniagaan anda sememangnya terkenal.

Bagi perniagaan yang kurang terkenal meletakan Business Name sebagai Barang Kemas Arab lebih bermakna kerana ianya mampu menarik perhatian pelanggan yang releven. Di bahagian tagline pula anda boleh letakkan Beli Secara Online atau Di bawakan oleh Siti Jewelry namun kami lebih suka yang terdahulu kerana memberikan maklumat berguna kepada pengunjung website.

Jadi seperti juga dengan bisnes fizikal, stratagi SEO bisnes online adalah untuk menarik pengunjung yang berkemungkinan besar mencari produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan. Ramai bisnes berasa khuathir kerana produk dan perkhidmatan yang mereka jual itu banyak saigannya. Anda tidak perlu bimbang perkara ini. Fokus anda sepatutnya pada mencipta website terbaik bagi produk dan perkhidmatan anda. Isu saigan akan kami dedahkan strategi untuk menanganinya nanti.

Bagi bisnes online yang menjual sebarang jenis produk, fokus adalah pada membina website yang dapat mempromosikan produk dan perkhidmatan anda dan ciri - ciri menarik yang anda tawarkan. Hanya dengan cara ini sahajalah anda boleh meningkatkan jualan anda.

Langkah 6 - Tindakan Anda

Berpandukan kepada semua panduan SEO yang diberikan di atas, sekarang cipta nama dan tagline yang lebih sesuai untuk bisnes anda. Catatkannya dalam app atau buku nota anda. Simpannya sebagai rahsia besar. Ianya strategi anda untuk berjaya. 

4 Akses Editor

Penyediaan

BizNet adalah satu perkhidmatan pembinaan website yang percuma. Disebabkan oleh itu syarikat berkenaan ingin memastikan bahawa perkhidmatan mereka digunakan sebaik mungkin dan tidak disalahgunakan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.

Bagi tujuan tersebut, BizNet menghendakan bahawa sebarang website yang dibina menggunakan teknologi mereka mempunyai sekurang – kurangnya sejumlah maklumat minima. Ini dilakukan bagi memastikan semua website mempunyai maklumat berguna bagi pengunjung. Ini juga bagi tujuan menghindarkan dari pengguna yang tidak bertanggungjawab mencipta dummy website tanpa sebarang maklumat berguna hanya untuk tujuan bermain – main.

Mengikut BizNet, dummy website atau website tanpa sebarang maklumat berguna akan dipadamkan secara automatik oleh sistem BizNet selepas 30 hari. Ini bagi membebaskan ruang di sistem mereka supaya lebih banyak sumber disediakan bagi pengguna yang serius membina website. Oleh itu pastikan anda menyiapkan website anda dalam masa kurang dari 30 hari bagi mengelakkan website anda dilabelkan dummy website. Sebenarnya untuk menyiapkan website BizNet, anda tidak perlu lebih dari 7 hari.

Untuk mengelakkan website anda dari dilabelkan dummy website oleh BizNet, pastikan anda memasukkan 5 jenis maklumat berikut:-

  1. Info berkenaan bisnes anda.
  2. Info berkenaan sekurang – kurangnya satu produk atau perkhidmatan anda
  3. Info perhubungan (nombor telefon dsb)
  4. Info media sosial anda
  5. Menetapkan template baru bagi website anda.

Website yang tidak mempunyai 5 maklumat di atas akan secara automatik dianggap sebagai dummy website dan berisiko dipadamkan oleh BizNet. Pastikan website anda tidak dikategorikan sedemikian.

Langkah 1 - Edit Dengan Telefon Bimbit

Pembina website BizNet direka cipta khas untuk digunakan di telefon bimbit. Sebarang jenis jenama dan model telefon bimbit pintar atau smartphone boleh digunakan. Bagi memberikan pengalaman penggunaan yang paling baik, kami menyarankan anda agar mengecilkan saiz keyboard telefon bimbit anda.

Ini kerana saiz keyboard yang terlalu besar akan menghindarkan anda dari melihat editor website anda. Rujuk gambar untuk saiz keyboard yang sesuai.

Disebabkan terdapat terlalu banyak jenama dan model telefon bimbit dengan terlalu banyak jenis keyboard, kami tidak dapat menunjukkan cara – cara hendak mengecilkan saiz keyboard anda. Silalah rujuk panduan telefon anda atau cari video berkaitan di YouTube. Sebagai contoh anda boleh buat carian di YouTube dengan menaip “change keyboard size” diikuti dengan jenama dan model handset anda.

Pastikan saiz on-screen keyboard pada telefon bimbit anda adalah tidak lebih besar dari sepatuh saiz skrin. Sebolehnya lebih kecil lebih bagus. Namun hendaklah juga saiz yang selesa untuk digunakan.

Langkah 2 - Akses Editor

Untuk masuk ke editor website anda, pastikan anda sudah log masuk ke akaun BizNet anda jika belum berbuat demikian. Anda sepatutnya berada di skrin Dashboard. Di skrin ini tekan link Edit untuk memasuki edit website anda.

Langkah 3 - Memahami Editor Website

Kali pertama anda melihat editor BizNet, anda mungkin rasa sedikit takut dengan jumlah bilangan medan dan maklumat yang perlu diisikan. Jangan khuathir. Inilah dimaksudkan oleh kami apabila mengatakan BizNet ini hanya untuk pengguna yang serius. 

Anda juga mungkin terkeliru dan tidak faham akan struktur editor website. Di sini kami akan jelaskan supaya semuanya menjadi mudah untuk anda.

Editor website anda dibahagikan kepada beberapa bahagian. Di penghujung atas setiap bahagian adalah adalah satu kotak menu hitam yang mengandungi link kepada semua bahagian editor. Di antara link yang anda akan jumpa ialah Design, Info, Featured, Contact, Social dan Publish seperti yang digambarkan.

Di bahagian bawah kotak link ini pula adalah tajuk bahagian. Jadi tajuk Website Design melambangkan anda sedang mengerjakan rekabentuk website anda. Di bawah tajuk bahagian pula adalah sedikit penerangan berkenaan bahagian berkenaan.

Langkah 4 - Bergerak Dalam Editor

Kotak menu hitam editor website anda membolehkan anda bergerak dengan mudah antara satu bahagian editor yang panjang ini ke bahagian lain dengan hanya sekali sentuhan jari atau klik tetikus anda. Anda hanya perlu tekan link berkaitan dan anda akan di bawa terus ke bahagian tersebut – tanpa perlu scroll ke atas atau ke bawah mencari bahagian yang hendak dikerjakan.

Cubalah ia sekarang. Tekan link – link di kotak menu hitam dan perhatikan fungsinya. Bereksperimen dengannya untuk beberapa minit supaya anda biasa dengan fungsi dan kegunaannya. Ianya penting kerana ini akan menjimatkan banyak masa anda ketika edit website. Lihat animasi untuk contoh.

Langkah 5 - Maklumat Wajib

Seperti yang diterangkan di bahagian Penyediaan di atas, BizNet menghendaki semua website memasukkan sejumlah maklumat wajib sebelum boleh di paparkan. Untuk melihat bahagian mana dalam editor website anda yang wajib diisikan, anda hanya perlu dua langkah berikut seperti yang ditunjukkan dalam animasi:-

  1. Tekan link Publish di menu hitam.
  2. Tekan butang Update

Semua bahagian yang wajib diisi akan ditandakan dengan warna merah seperti yang ditunjukkan dalam gambar. Pastikan anda scroll keseluruhan editor dari bawah hingga atas untuk melihat semua medan yang wajib di isi.

Langkah 6 - Strategi

Untuk menghasilkan satu website yang profesional dan cantik, kita perlukan 3 perkara penting:-

  1. Maklumat yang cukup dan releven
  2. Gaya penulisan yang menarik
  3. Grafik yang menarik perhatian

Semua website yang gagal menarik pelanggan atau pengunjung gagal disebabkan tidak mempunyai satu atau lebih perkara – perkara di atas. Kursus ini akan mengajar anda bagaimana hendak mengelakkan dari melakukan kesemua kesilapan orang lain agar anda muncul dengan satu website indah, professional, berguna yang boleh anda banggakan.

Untuk itu anda perlu lakukan kerja. Website yang profesional tidak muncul dengan sendirinya. Ianya adalah hasil usaha pengguna yang mengumpulkan maklumat, membuat kajian dan mencipta kandungan. Semua ini harus anda lakukan. Jika anda rasa anda tidak ada masa atau motivasi, elok sahaja berhenti di pelajaran ini dan jangan teruskan. Ini kerana bidang ini bukan untuk anda. Biarkan sahaja website anda menjadi dummy website dan akan dipadamkan secara automatik oleh BizNet. Kami difahamkan lebih 80% website yang didirikan menjadi dummy website. Jika anda tidak mahu tergolong dalam golongan yang gagal ini, teruskan membaca. Jika tidak, selamat jalan.

Langkah 7 - Menyediakan Diri

Dalam pelajaran akan datang, kami akan mengajar anda bagaimana hendak menyediakan maklumat dan mencipta kandungan menarik bagi website anda. Kita akan belajar setiap satu komponen kandungan dengan terperinci. Kami akan tunjukkan contoh kandungan yang baik dan juga yang buruk. Kami juga akan dedahkan kepada anda bagaimana hendak mendapatkan grafik  yang cantik dan bebas royaliti untuk website anda dengan percuma.

Inilah dia keistimewaan sistem BizNet ini. BizNet membenarkan anda fokus kepada kandungan website dan bukan membazir beratus – ratus jam menformat teks, marjin, padding, bermain dengan CSS, javascript yang semuanya menaikkan tahap stress anda tanpa menjanjikan sebarang hasil yang baik. BizNet melakukan semua kerja rumit pembinaan website agar anda boleh fokus kepada kandungannya.

Dengan memfokus kepada kandungan website, BizNet membenarkan anda siapkan website anda 5x lebih cepat dari sebarang pembina website lain di dunia.

3 Bina Website Pertama

Penyediaan

Sebelum anda mula membina website pertama anda ada satu perkara penting yang perlu anda sediakan dahulu dan ianya ialah nama website anda.

Website BizNet anda akan mempunyai alamat seperti biznet.site/nama-anda

Bahagian nama-anda dalam alamat di atas adalah nama website anda.

Biznet meletakan peraturan ketat bagi penamaan website. Ini bagi mencegah website anda disenarai hitamkan oleh Google kerana mempunyai nama yang tidak mengikuti piawaian antarabangsa. Jadi langkah pertama dalam membina website anda ialah mencari nama yang baik dan sesuai.

Langkah 1 - Memilih Nama Website

Biznet meletakkan syarat – syarat berikut bagi penamaan website:-

  1. Nama tidak boleh mempunyai tanda sengkang (-) atau underscore (_). Jadi nama seperti merah-jingga atau merah_jingga tidak akan diterima.
  2. Nama tidak boleh ada sebarang simbol. Nama seperti red+ atau karim&roslan tidak diterima.
  3. Nama tidak boleh ada ruang kosong. Jadi nama serendah cafe atau Jom Holidays tidak diterima.
  4. Walaupun anda boleh gunakan huruf besar, mengikut saranan Google, seeloknya hanya guna huruf kecil sahaja. Jadi nama TaskaIbrahim sepatutnya ditukar ke taskaibrahim.
  5. Nama tidak boleh melebih 15 aksara. Ini termasuk teks dan nombor. Jadi nama pitstop5 adalah 8 aksara, bukannya 7. Seeloknya cuba hadkan nama anda antara 5 hingga 15 aksara.

Langkah 2 - Sediakan Nama

Ramai orang menjual atau menawarkan berbagai jenis produk atau perkhidmatan. Namun dalam membina website, elok anda fokus kepada cuma satu jenis produk/perkhidmatan. Sebagai contoh janganlah berazam membina website mempromosikan perniagaan telefon anda disamping kerepek pisang di website yang sama. Ianya bukan sahaja tidak berkaitan bahkan nampak begitu tidak professional. Jika anda hendak promosikan dua atau lebih produk/perkhidmatan, silalah buat website berasingan bagi setiap satu jenis produk/perkhidmatan.

BizNet sebenarnya membenarkan anda membuat lebih dari satu website percuma. Namun anda perlu buktikan bahawa anda boleh bina website pertama anda dengan indah dan profesional terlebih dahulu. Kemudian anda boleh pohon kepada BizNet untuk website kedua dan ketiga percuma anda. BizNet menekankan kepada kualiti bukan kuantiti website.

Berdasarkan petua – petua di atas, sediakan sekurang – kurangnya 3 variasi nama website anda. Katakan anda ingin bina website untuk bisnes tudung anda, jadi anda boleh sediakan 3 nama seperti berikuti:-

  1. tudungbyina
  2. tudungon9
  3. anggunhijab

Kesemua nama di atas menepati keperluan BizNet. Kami sarankan anda mengambil sedikit masa untuk menyediakan nama sebelum meneruskan ke langkah seterusnya. Ini kerana nama website anda tidak boleh ditukar selepas ianya sudah dicipta. Oleh itu buatlah sedikit penyediaan.

Nama website bukannya tajuk website anda. Tajuk website adalah berbeza dari nama website.

Sebagai contoh, nama website hijabilady tapi tajuk website Hijabs By Ina.

Tajuk website akan dimasukkan kemudian dan anda akan boleh mengubah tajuk website bila – bila masa. Dalam pelajaran ini kita cuma perlu nama website sahaja.

Langkah 3 - Bina Website Pertama

Untuk membina website pertama anda, klik butang Start di skrin Dashboard BizNet.

Langkah 4 - Masukkan Nama Website

Anda akan dibentangkan dengan skrin Build Your First Website Step 1 of 2

Di skrin ini anda hanya perlu taipkan nama yang telah anda sediakan di langkah 2 di atas tadi.

Mulakan dengan pilihan pertama nama anda. Taip nama tersebut dalam kotak Website name.

Langkah 5 - Continue

Setelah nama ditapi, tekan butang Continue di bahagian bawah skrin. Berikan sedikit masa untuk BizNet memeriksa nama anda dan memastikan tidak ada pengguna lain yang telah menggunakan nama yang sama.

Langkah 6 - Nama Bisnes

Jika nama anda diterima, skrin Build Your First Website Step 2 of 2 akan muncul.

Jika nama anda tidak diterima, BizNet akan mengemukakan ralat. Sila ulangi proses dengan memadamkan nama lama dan menaip nama baru dan tekan Continue. Pastikan nama anda diterima.

Di skrin Step 2 of 2 ini anda diminta memasukkan nama panjang perniagaan anda. Sila taipkan nama panjang perniagaan. Jangan khuathir kerana anda akan boleh ubah nama ini kemudian jika ianya kurang sesuai.

Langkah 7 - Cipta Website

Seterusnya gerak ke bahagian bawah skrin dan tekan butang Create seperti digambarkan.

Tunggu beberapa saat sementara BizNet mencipta website anda.

Langkah 8 - Website Terbina

Jika anda nampak skrin Dashboard terpapar dengan nama website anda – percaya atau tidak – rangka atau struktur website anda sebenarnya sudah siap terbina.

Walaupun demikian, anda belum boleh lihat website anda lagi. Ini kerana anda belum lagi memberikan sebarang maklumat bisnes untuk dimuatkan ke dalam website.

Untuk membuktikan perkara ini anda boleh tekan nama website anda di bawah tajuk Title.

Langkah 9 - Please Enter Data

Menekan nama website di skrin Dashboard apabila anda baru sahaja mencipta website akan memaparkan skrin PLEASE ENTER DATA. Skrin ini memberitahu anda untuk memasukkan data ke dalam editor website anda.

Sila tekan butang biru Goto Site Editor untuk kembali ke Dashboard.

Langkah 10 - Log Keluar

Dalam pelajaran – pelajaran akan datang, kita pelajari kaedah betul dan professional untuk memasukkan maklumat dalam website. Ini akan menjamin website anda kelihatan anggun seolah – olah anda telah membelanjakan beribu ringgit untuk membinanya.

Buat masa sekarang jika anda ingin berhenti mengerjakan website, anda boleh log keluar dengan menekan butang Menu di atas skrin dan tekan pilihan Logout. Anda juga boleh tekan link Logout di kaki laman.

Jika anda tidak sabar lagi mengerja website, teruskan sahaja ke pelajaran seterusnya.